Penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan secara rasmi tidak akan lagi mengendalikan segmen Suria Petang bersama rakan penyampai Tyzo dan Sharifah Shahirah bermula hari ini.
Suraya kini bakal ditugaskan untuk mengendalikan slot Team Pagi Suria bersama rakan penyampai, Ajak dan Fizi.
Perkara ini telah disahkan oleh Fatin Nur Sofia selaku Eksekutif Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat stesen radio berkenaan.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Suraya turut memaklumkan perkara yang sama bersama pengikutnya.
“Sayalah orang yang ketiga bersama Team Pagi Suria. Kita ‘biashe-biashe’ je malah bukan popular mana, tapi hanya melaksanakan amanah yang dipikul bersama,” tulisnya.
Sebelum ini, Team Pagi Suria yang ke udara pada waktu sebelah pagi telah dikendalikan penyampai Ajak, Fizi dan Issey.
Bagaimanapun Issey telah membuat keputusan untuk tidak lagi mahu menyambung kontrak perkhidmatannya bersama stesen radio tersebut yang berakhir pada 16 Julai lalu.
Sekadar informasi, Suraya telah mula mengendalikan Suria Petang pada waktu sebelah petang bersama Tyzo pada tahun 2017 sebelum Sharifah Shahirah digandingkan bersama mereka pada tahun berikutnya.
Foto: Instagram Suria FM, Suraya Borhan