Pelakon, Amyra Rosli mendedahkan dirinya sudah pun bersedia untuk berdepan segala kemungkinan yang mendatang, termasuk kritikan setelah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara baru bagi program popular, Nona.
Menurut Amyra, dia sebolehnya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk menjayakan program ini sebaik mungkin.
“Untuk menerima kecaman, saya sudah bersedia 101%. Saya bukan nak kata saya tak pedulikan komen netizen tetapi kita buat baik pun orang mengata. Ini rezeki saya dan saya akan buat dengan cara saya sendiri.
“Tiada manusia yang sempurna dan cara untuk mengatasi adalah dengan memperbaiki kesilapan. Sekiranya ada pihak yang mengecam kita senyum sahaja. Saya pun dah berusia 30 tahun tiada apa lagi yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang anak itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amyra turut memaklumkan suaminya yang juga merupakan pelakon, Amar Baharin turut gembira selepas mengetahui mengenai tawaran tersebut.
Ads
“Amar happy je. Dia suka tengok perjalan karier saya berkembang. Dia sangat menyokong saya. Bila saya dah dapat jadi pengacara Nona ni, dia banyak beri semangat kepada saya.
“Dia tahu isteri dia ni cepat gementar. Bila saya buat latihan seperti teknik melontarkan vokal, dialah yang paling dekat dan banyak memberikan respon untuk saya tahu kelemahan saya,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai harapannya selaku pengacara baru program, Ini reaksi yang diberikan oleh Amyra.
Ads
“Saya berharap agar Nona terus menjadi pemangkit semangat buat masyarakat di luar sana khususnya buat para wanita di Malaysia.
“Untuk diri saya sendiri pula, saya ingin memanjatkan rasa syukur sebab saya merupakan antara yang terpilih dan bertuah menjadi salah seorang pengacara Nona yang punyai nama besar dalam negara ni.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh team Media Prima kerana beri kepercayaan ini kepada saya,” akhirinya.
Ads
Sekadar informasi, Amyra bakal menggantikan pengacara terdahulu yang juga merupakan pelakon, Mira Filzah yang sudah pun berkhidmat hampir empat tahun bersama program tersebut.
Amyra dan Mira bakal membuat kemunculan istimewa dalam episod terbaru Nona yang bakal bersiaran pada 8 Ogos depan.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sekeping foto terkini yang dimuat naik di Instagram pelakon, Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi mencuri perhatian peminat.
Mengenakan persalinan rona tanah yang sedondon, bintang yang menempa nama menerusi drama rantaian Hati Perempuan ini turut tampil bersama tudung labuh yang menutupi paras dadanya.
Foto pertamanya di media sosial sempena tahun 2021 itu dilihat seolah-olah memberi bayangan bintang ini mahu menjadi insan lebih baik berbanding sebelumnya, seiring dengan kapsyen yang tertulis pada ruangn kapsyen.
“I choose to shine in 2021,” tulis pelakon berusia 32 tahun ini sambil memberikan kredit.
Serentak dengan perkongsian tersebut, pengikutnya menyambut baik foto yang dimuat naik sambil mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata ini.
Malah ada sebahagian komen yang ditinggalkan mendapat respon daripada Mia.
Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada 2017 dan setakat ini dikurniakan sepasang cahaya mata.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal Didie Alias mengakui perpisahan merupakan perkara menyakitkan yang terpaksa dilalui oleh segelintir pasangan suami isteri.
Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, walau bagaimanapun pengakhiran sesebuah hubungan rumah tangga, aib pasangan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Perpisahan itu sakit. Bahagia itu indah. Bila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir hayat,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Cina Buta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, kita juga kena reda dengan setiap dugaan yang berlaku ketika di alam rumah tangga.
“Manis ditelan. Pahit pun ditelan. Baru darjat kita diangkat tinggi dan dipanjang mulia. Kita sudah berjanji dengan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga pada 8 Mei 2009 dengan Isham yang merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan itu, Didie dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia sepuluh tahun.
Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31, Mohd Dhanial, 30, Nur Dinie, 28, Nur Dayini, 26, dan Nur Diyana, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dihujani komen saiz tubuh badannya yang dikatakan semakin gempal dan berisi baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime tenang menghadapi perkara tersebut.
Bagaimanapun, Atikah dilihat ada meluahkan rasa apabila ada segelinitir yang membuat perbandingan antara dirinya dan bintang Hollywood, Kylie Jenner.
Kongsinya menerusi Insta Stories, ramai yang memuji sosok badan adik kepada Kim Kardishan itu, namun ada yang menyifatkan saiz badan Atikah sebagai ‘gemuk’.
Terdahulu, pelakon drama Tuan Danial itu telah memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan dres senteng dalam rona pastel.
Dalam ramai yang memuji, ada juga memberi komen yang kurang senang terhadap posting berkenaan.