Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan dirinya tidak mengalami sebarang masalah untuk bergandingan bersama aktor terkenal, Datuk Aaron Aziz bagi menjayakan babak aksi menerusi filem terbaharu, Sherif.

Menurut Zul, babak aksi yang dilakonkan dalam filem ini dilakukan secara profesional dan berhati-hati bagi memastikan para pelakon tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Kita Bukan Jackie Chan, Terjun Ikut Suka,” – Tak Mahu Susahkan Team Produksi, Zul Ariffin & Aaron Aziz Hati-Hati Buat Babak Aksi “Kita Bukan Jackie Chan, Terjun Ikut Suka,” – Tak Mahu Susahkan Team Produksi, Zul Ariffin & Aaron Aziz Hati-Hati Buat Babak Aksi

Katanya lagi, Aaron juga sentiasa memberikan yang terbaik walaupun pergerakannya terbatas disebabkan masalah sakit belakang.

“Sudah tentu kami barisan pelakon akan sentiasa berhati-hati terutama sekali ketika melakonkan babak berlawan. Aaron pula memang ada masalah sakit belakang sebelum ini.

“Sebagai pelakon, kita tak boleh terlalu teruja. Kita kena kawal tenaga lebih-lebih lagi ketika melakonkan babak aksi. Kita bukan Jackie Chan. Kalau Jackie Chan, itu lain cerita. Dia boleh terjun sahaja ikut suka,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam pada itu, Aaron memaklumkan persefahaman sesama pelakon itu sememangnya penting lebih-lebih lagi apabila ingin melakonkan babak berisiko tinggi.

“Bagi saya, saya amalkan babak berlawan ini seperti menari. Tugas kita adalah untuk mencantikkan babak tersebut. Jadi, kita kena hafal koreografi elok-elok supaya adegan itu nampak meyakinkan.

“Kalau kita salah step, pasangan kita pun tak akan nampak cantik dan penonton akan nampak kita tak elok. Jadi, kami kena bekerjasama dan bertimbang rasa,” ujarnya lagi.

Ads

“Kita Bukan Jackie Chan, Terjun Ikut Suka,” – Tak Mahu Susahkan Team Produksi, Zul Ariffin & Aaron Aziz Hati-Hati Buat Babak Aksi “Kita Bukan Jackie Chan, Terjun Ikut Suka,” – Tak Mahu Susahkan Team Produksi, Zul Ariffin & Aaron Aziz Hati-Hati Buat Babak Aksi

Zul berkata sedemikian ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi baru-baru ini.

Katanya lagi, dia dan Aaron sentiasa berhati-hati ketika menjayakan babak aksi kerana tidak mahu mengganggu jadual kerja orang lain.

Ads

“Aaron okay sahaja. Cuma bahagian kecederaan itu sahaja kena berjaga-jaga sikit. Kadang-kadang, kalau kita terlampaiu teruja untuk melakukan sesuatu babak tersebut sehingga terlalu mendesak diri, seluruh produksi boleh terganggu.

“Kita ini bekerja dengan bermacam-macam bahagian produksi. Andai kata terjadi perkara yang tidak diingini ketika penggambaran, banyak perkara akan terganggu. Kita kena elak perkara tersebut daripada berlaku,” akhirinya.

Terdahulu, menerusi filem Sherif, Zul bakal membawakan watak sebagai seorang pegawai polis ‘rebel’ di Jabatan Nerkotik.

Selain Zul, filem ini juga bakal turut membariskan nama-nama besar lain seperti, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI