Pelakon senior, Zainol Macwilson memaklumkan dia kini beralih kepada penjualan baja selepas menceburkan diri dalam bisnes menjual buah harum manis.
Zainol yang juga bapa kepada pelakon cantik, Zahirah Macwilson juga mendedahkan, dia tidak malu atau segan untuk mencari rezeki halal, apatah lagi sejak penggambaran dihentikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Salam hari minggu semua! Saya rasa belum terlambat utk saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi pd para pelanggan yg telah sudi melanggan harumanis dgn saya baru-baru ni dan skg dgn PKP, shooting pun tak de jadi, saya beralih ke penjualan baja pula!
”Yang penting, kita cari rezeki yg halal & tak perlu nak rasa malu & segan! Buat masa ni, khusus utk warga Perlis saja,” katanya yang turut berkongsi nombor telefon bagi urusan perniagaan.
Menerusi perkongsian yang dilakukannya menerusi Instagram itu, rata-rata warganet turut memuji usahanya di dalam mencari rezeki selain mendoakan agar urusan bintang berkenaan dipermudahkan.
Ads
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Ads
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Zainol Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada Jaskin Jaludin pada malam Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche dengan sekali lafaz disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapaidi Bizmilla Grand Ballroom, Subang Jaya kira-kira jam 9.10 malam.
Dalam majlis itu, Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM20,000.
Shahir turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Shahir meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis akad nikah yang turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang datang dari Kampar, Perak dan Tawau, Sabah.
“Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit.
“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri 300 tetamu termasuk ahli keluarga, sanak saudara serta kenalan rapat kedua mempelai.
Terdahulu, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengikat pertunangan dengan usahawan merangkap pemilik butik asal Sabah berusia 30 tahun itu pada 16 Julai lalu selepas dua bulan berkenalan.
Shahir mengakui Jaskin atau mesra disapa Ekin adalah wanita yang mempunyai ciri suri pilihannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada tanggal 23 Jun lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah kini sedang menikmati percutian bulan madu mereka di Pulau Langkawi, Kedah.
Pasangan pengantin baharu ini juga turut berkongsi momen-momen indah ketika di pulau tersebut buat tatapan para pengikut mereka di media sosial.
Malah, menerusi satu perkongsian di laman Instagram pada pagi Isnin, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad akui teruja apabila dapat bermain sukan kegemarannya, golf bersama isteri tercinta buat pertama kalinya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas ada beberapa pihak yang mendakwa ini bukan kali pertama Shuib dan Watie meluangkan masa bermain golf bersama.
Malah, ada juga suara-suara nakal yang mengatakan mereka pernah melihat Shuib bermain golf bersama Watie sebelum arwah isterinya, Siti Sarah meninggal dunia.
Lantaran itu, menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories, Shuib menafikan dakwaan tersebut selain turut menyifatkan ia bersifat fitnah.
“Assalamualaikum, saya sengaja buat kapsyen ‘buat pertama kali’ itu sebab memang pertama kali saya bermain golf dengan Watie.
“Jadi, kepada yang komen seakan macam tahu, tanggunglah dosa-dosa itu ye. Memang tidak ada dan inilah kali pertama kami bermain golf,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani turut mempertahan anaknya itu daripada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
“Ya, mama tahu. Masa arwah masih ada, belum pernah sekali pun Manja (Watie) bermain golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah bernikah,” katanya di ruangan komen.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sikap segelintir pihak yang iri hati dengan kebahagiaan Shuib selepas mendirikan rumah tangga dengan Watie.
“Korang yang komen ni pun, janganlah mengecilkan hati. Anak-anak dia boleh baca ya. Hati-hati.
“Yang tidak sokong itu, mungkin diorang mahu Shuib terus bersedih dan murung. Come on, orang kahwin kot. Benda baik. Tak fahamlah dengan perangai toksik ini. Benda baik pun dibenci.
“Dia berkahwin dengan sesiapa pun itu urusan hidup dia. Sesiapa pun dia pilih, itu pilihan dia dan takdir Allah untuk dia. Bukan curang. Dia kahwin selepas kematian isteri. Famili juga restu dengan pilihan dia. Cukup-cukuplah mengecam.
“Hati-hati bila berkata. Segala yang kita taip akan ditanya di akhirat. Menegur jangan sampai menghina. Moga kita semua terpelihara,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!