Pelakon Shah Iskandar menyifatkan laluan untuk terus kekal relevan dalam dunia lakonan tempatan tidak selancar yang disangka ramai, apatah lagi dengan kehadiran pelakon baru yang datang dan pergi.

Meski menyedari posisinya sebagai pelakon yang sudah konsisten, namun dia tetap optimis menceburi bidang perniagaan, seiring dengan kematangan dirinya yang kini bergelar bapa kepada seorang cahaya mata.

“Bagi saya situasi tersebut berlaku kepada kebanyakan pelakon sebenarnya. Bukan senang untuk kekalkan diri dalam industri ini sebab akan ada muka baru datang dan pergi, kita juga akan tua. Saya sedar diri.

“Cuma, tidak semestinya kita akan pegang watak hero selamanya. Saya masih boleh ambil atau rebut tawaran lain misalnya watak antagonis.

“Kalau ditanya sama ada saya terlibat dalam dunia perniagaan kerana sudah tahu ‘job’ berlakon makin kurang, mungkin ia betul. Tetapi saya bagi saya ia lebih kepada untuk tambahkan lagi pendapatan.

“Bila sudah terlibat serius dalam bisnes, sepatutnya saya mulakannya ini sejak lama dulu lagi. Mungkin pada ketika itu belum timbul kesedaran lagi. Sekarang sudah ada isteri dan anak jadi rasa tanggungjawab itu kian besar.

Ads

“Masa tengah bujang, pendapatan itu banyak dihabiskan untuk kereta dah motorsikal. Tapi sekarang semua tu sudah pun tak ada, saya hanya miliki keluarga,” katanya.

“Kita Juga Akan Tua, Saya Sedar Diri,” – Titik Matang Selepas Bergelar Bapa, Shah Iskandar Fokus Bisnes Meski Percaya Rezeki Lakonan

“Kita Juga Akan Tua, Saya Sedar Diri,” – Titik Matang Selepas Bergelar Bapa, Shah Iskandar Fokus Bisnes Meski Percaya Rezeki LakonanShah pada masa sama tidak menolak dia mungkin sudah berhabis ratusan ribu demi hobi tersebut dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam seni.

Bercerita mengenai penubuhan Stesen Seni yang baru diusahakan, Shah menjelaskan penubuhan ruang acara itu khsus sebagai platform buat penggiat seni untuk berkarya.

Ads

“Pembinaan Stesen Seni ini adalah dengan usahasama rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan Kafe Sarawak Johor. Sebagai sebuah pasukan, kami berjaya disiapkan premis ini menggunakan tenaga kerja ahli-ahlinya.

“Stesen Seni ini mempunyai pelbagai fungsi kerana ia boleh dijadikan sebagai ruang acara, lokasi penggambaran, bilik rakaman muzik, studio latihan sehinggalah kepada mereka yang mencari premis untuk mengadakan majlis keraian.

“Malah seiring dengan hasrat untuk berkomuniti, kami mengalu-alukan pembabitan penggiat seni, baik daripada golongan yang dikenali ramai mahupun mereka yang ingin mula berkecimpung dalam bidang seni,” katanya.

Ads

“Kita Juga Akan Tua, Saya Sedar Diri,” – Titik Matang Selepas Bergelar Bapa, Shah Iskandar Fokus Bisnes Meski Percaya Rezeki Lakonan “Kita Juga Akan Tua, Saya Sedar Diri,” – Titik Matang Selepas Bergelar Bapa, Shah Iskandar Fokus Bisnes Meski Percaya Rezeki Lakonan

Lebih menarik, Stesen Seni turut berjaya mengumpul kumpulan busker sekitar Lembah Klang berlatih dengan latihan asas muzik selain berkolaborasi dengan pihak ‘Canorous’ yang juga sebuah komuniti dengan ahlinya terdiri daripada penyanyi yang bergiat aktif dalam aplikasi Smule.

“Besar harapan saya dan ‘team’ untuk melihat progres baik menerusi Stesen Seni ini. Kalau ada rezeki, saya rancang untuk bukanya sebagai francais.

“Buat masa ini, berikan kami masa untuk fokus betul-betul pada Stesen Seni ini demi memastikan semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang turut terlibat di dalam bisnes ‘homebacked cookies’, Grunchys.

Shah turut terlibat drama bersiri, Hati Yang Dikhianati di samping Amar Baharin, Mona Allen, Isyariana dan ramai lagi yang bakal bersiaran 12 April depan di Astro Prima dan Prima HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI