Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi mengakui berasa tersentuh dengan dedikasi yang dikongsikan oleh penyanyi senior, Ziana Zain bersempena hari lahir adiknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anuar Zain di program radio, Santai Siang, Buletin FM.
Ziana sewaktu dihubungi difahamkan tidak dapat menahan air matanya ketika membicarakan mengenai hari istimewa adiknya itu.
Menurut Haiza, dia sebenarnya tidak menyangka momen yang pada awalnya gembira berubah menjadi sedih.
Dalam ucapannya itu, penyanyi lagu, Madah Berhelah ini menitipkan doa semoga Anuar sentiasa berikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
“Along doakan semoga angah dipanjangkan umur. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik.
“Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat adik dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
“Please stay as who you are today. Your good heart. Semua orang tahu itu. We all love you so so much.
“InsyaAllah kita jumpa adik beradik dan satu keluarga di syurga jannah. InsyaAllah, ameen,” kata Ziana sebak.
Katanya lagi, kedua adik beradik ini sememangnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang sangat utuh.
“Pagi tadi, Haiza whatsapp Kak Ziana @iamzianazain dan bagitau nak borak-borak on air sempena birthday Abang Nuar. Dalam pada sibuk tu,Kak Ziana sudi juga nak layan Haiza.
“Inilah dia kasih sayang daripada seorang kakak kepada seorang adik. Kak G, adik mintak maaf, tak berniat untuk buat akak menangis.
“Happy birthday Abg @anuarzain70 @anuarzainnetwork semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Anuar.
“Sebak dengar suara Ziana.
“Akak ikut sedih dengar ucapan Kak G. Semoga Abang Nuar dan keluarga dirahmati dan diberikan rezeki yang luas.
“Tak dapat tahan. Ikut menangis juga.
“Kasih sayang seorang kakak. Happy birthday Anuar Zain. Semoga sentiasa didalam rahmatnya, antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Haiza merupakan salah seorang penyampai radio di Buletin FM yang mengendalikan segmen Santai Siang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Haiza Hanafi