Pengalaman menjadi ibu membuka lembaran baru untuk dalam hidupnya.
Jelas Tasha Manshahar, dia juga bergelut dengan tugasan kerjaya dengan status seorang ibu yang sedang menyusukan anak.
Acapkali mengalami masalah kekurangan susu, bekas penyanyi ini turut berkongsi tips berguna buat ibu baru yang seangkatan dengannya dalam penyusuan bayi.
“So this is just my humble sharing about what i did masa susu drop last time. Sorry I took some time to update sebab lepas balik dari Kelantan, susu i drop lagi sekali sampai sister in law terpaksa bawa Muammar datang sekolah untuk i susukan di staffroom dan ada hari dalam kereta.
"Thanks to her. Tips i mungkin sgt cliche, ramai je tahu, tapi kalau tak dapat jadi tips baru, atleast dapat jadi reminder pun okay.
“Ni je yang i dapat share based on my little experience. Maklumlah baru sgt jadi ibu ni. Still discovering and exploring. Mommies lain mesti ada tips lain kan? Share lah, ramai nak tahu ni.
1. Kena positif. This is part of our breastfeeding journey. Susu drop ni normal. Semua mommies yang bf anak pernah lalui fasa susu drop ni. Never too late untuk usaha banyakkan semula.
2. Jaga waktu makan. Jangan skip makan please. Macam I, I tak suke pam atau df anak time I lapar. I pastikan makan dulu or at least bukan dalam keadaan lapar. And bab makan ni, setiap orang lain milkbooster dia. Marilah kita sama-sama explore.
3. Kena cukup rehat! Ni mungkin penyebab susu I drop second time tu sebab letih perjalanan jauh. And sebenarnya almost improssible untuk kita ada proper rest setiap hari bila ada anak kecil ni, tapi what I did was I cuba manage time balik. Memang banyak kerja urus itu ini, tapi kita kan supermom! Do it your way. Discuss with your spouse. Ask for help of you need to.
4. Cuba pam pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari. Got this tips from a friend. I selalunya pam dua kali dekat tempat kerja (kalau sempat). If you’re a working mom, cuba pam pada waktu yang sama setiap hari. Contoh macam I, first session 9.30-10 macam tu, second session dalam 12.30-1.00. Masa dekat rumah pam juga on weekends untuk stok Isnin. Tapi when I’m home, most of the time memang direct feed.
5. Minum air masak. Minum air masak ikut keperluan badan. Please ini penyebab utama susu I drop masa first time tu. Then bila I start usung botol air besar ke sana ke sini balik, kejap-kejap minum, Alhamdulillah susu start banyak balik. Even masa sesi mengepam pun I make sure air dengan I. Kita dehydrated, macam mana nak produce susu kan?
6. Urut atau tungku. Masa the second time susu I drop tu, I bengkak susu tapi bila pam keluar sikit je. Masa direct feed pun sakit. Bila pegang memang rasa keras ada ketul-ketul. So urutlah sebelum pam dan semasa pam. Kalau korang dapat panggil bidan atau pergi berurut lagi syok. Korang kalau ada tungku, boleh try juga. Kalau takde, tuam je guna kain dengan air suam-suam panas.
7. Selalu doa Allah bagi rezeki susu yang cukup dan berkat. Sambil mengepam tu kadang-kadang I berdoa sorang-sorang. Nak cuba tunaikan hak anak semampu yang boleh at least 6 bulan (kalau ada rezeki, lebih lama lagi aminnn). Mudah-mudahan Allah bagi jalan dan kemudahan untuk kita semua. Amin! Tapi untuk yang takde rezeki susukan anak lama, its okat. You’re still a supermom!,” kongsi penyanyi ini.
Tips yang sangat berguna yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang melalui fasa yang sama. Selamat mencuba.
Foto : Instagram Tasha Manshahar