Pelakon, Abby Abadi menasihatkan golongan ibu untuk tidak mengetepi kebahagiaan diri sendiri meskipun memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak serta menguruskan keluarga.
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, soal kesihatan mental tidak harus dipandang remeh kerana ia mampu memberikan kesan buruk jika kita gagal mengawalnya.
“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya.
Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” ujarnya.
Meskipun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud disebalik hantaran tersebut, ramai yang mengatakan Abby seakan terasa hati dengan anaknya Marissa Dania Hakim.
Ia susulan selepas Marrisa dilaporkan kehilangan cahaya mata sulung yang dilahirkan pra matang.
Ads
Pada Sabtu, menantu kepada Abby iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Memetik laporan Mstar pada Ahad, Abby dikatakan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan masih belum mendapat berita sahih daripada Marissa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Abby selain turut berharap agar Marissa tidak membelakangi ibu lagi selepas ini.
Ads
“Allah sayang kamu. Sejak itu kamu diuji sejak daripada dulu lagi dan kamu harunginya dengan baik sekali. Doakan yang baik-baik dan husnudzon dengan perancangan Allah. Kesihatan mental itu penting.
“Saya tahu, Kak Abby mama yang baik dan paling bersabar selama ini. Kak Abby jangan sedih-sedih. Anak-anak yang lain lebih perlukan Kak Abby yang membahagiakan mereka.
“Semoga Kak Abby terus kuat. Tiada yang kekal di dunia termasuk air mata.
“Teruskan tersenyum bahagia Kak Abby. Sentiasa bersangka baik dengan ujiannya. Ada hikmah semua ini,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Abby Abadi, Mstar & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh dan penyanyi, Syada Amzah menepis khabar angin segelintir pihak yang mendakwa bapanya yang juga penyanyi dan pelakon era 80-an, ND Lala berkahwin lagi satu.
Menurut Syada, 25, bapanya masih tinggal sebumbung dengan ibunya, Fauziah Sarman sehingga ke hari ini dan mereka hampir setiap hari keluar bersama.
“Saya baru tahu mengenai gosip ini. Kami di rumah baik-baik saja. Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah.
“Saya tak rasa bapa saya berkahwin lagi satu sebab mereka masih tinggal sebumbung dan kalau keluar pun mesti satu kereta.
“Saya minta simpang benda ini berlaku sebab takut bila ramai sangat yang buat andaian boleh jadi satu doa,” katanya.
Adik kepada penyanyi Shila Amzah ini bagaimanapun menambah, di sebalik cerita tak berasas yang timbul, dia dan seluruh ahli keluarganya tidak terkesan kerana sudah faham asam garam dunia seni.
“Cerita berkenaan isu sensasi dari kecil lagi memang selalu terpalit. Macam-macam cerita keluar dan kami sendiri ada yang baru tahu.
“Secara peribadi, saya tak rasa keluarga saya terkesan dengan apa saja gosip melainkan benda itu benar-benar terjadi.
“Cuma saya harap kalau ada gosip membabitkan ahli keluarga pastikan individu itu ada hitam putih dan ketengahkan perkara ini. Kalau sekadar cakap mulut, semua orang boleh bercakap,” katanya.
Ditanya mengenai perkongsian ibunya di Instagram yang mempunyai maksud mendalam, Syada menjelaskan ibunya gemar berkongsi ayat tersirat.
“Mak saya okey saja. Kalau nak tahu mak saya memang suka kongsi kata-kata seperti itu kepada kami,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Syada berkata, dia bakal melancarkan single sulung kerjasama dengan Shila yang berjudul Hasrat pada 17 Mac depan.
Isnin lalu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia sehingga ada yang mendakwa individu itu ialah ND Lala.
Pemberita dan pengulas sukan tersohor, Abu Bakar Atan dikatakan bakal membuat penampilan terakhirnya bersama syarikat stesen televisyen swasta, TV3 hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh wartawan, Hasnida Hanim menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.
Jelas Hasnida, Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan Abang Burn merupakan antara watak penting yang mencorakkan kerjayanya sebagai seorang wartawan sukan.
“Esok hari terakhir Abu Bakar Atan @abakaratan berkhidmat bersama TV3 sebagai penyampai sukan di Buletin Utama TV3.
“Sifu yang mula-mula mengajar saya dalam dunia kewartawanan sukan kepada seorang lepasan graduan Sains Sukan yang masa tu tau sukan silat je,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hasnida turut berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang berkerja bersama ikon penyiaran sukan itu.
“Ya rabbi memang skrip teruk nak pulak buat cerita bola sepak score 0-0 memang tak reti sebab masa tu balik dari stadium cakap dengan a. Burn “A. Burn game tadi 0-0 saya tak buat skrip”. Dia punya marah tak payah cakap la tapi tu semua pengalaman alhamdullilah.
“Banyak ilmu dan nasihat saya pelajari. Terima Kasih A. Burn semoga terus berjaya!,” tulisnya lagi.
Malah, Hasnida turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa sahaja bidang yang diceburi oleh Abu Bakar selepas ini.
Terdahulu, Abu Bakar difahamkan harus meninggalkan bilik berita TV3 kerana dikatakan bakal menjawat jawatan penting di tempat baru yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Sumber: Instagram Hasnida Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf akui teruja apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pelakon jelita, Anna Jobling di dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.
Menurut Amir, sejak pertama kali bertemu dengan Anna, dia dapat merasakan mereka akan mencipta keserasian terbaik untuk menghidupkan drama ini.
“Anna merupakan seorang pelakon yang sangat bagus. Ketika pertama kali saya berjumpa dengan dia untuk menandatangani kontrak sebuah drama, saya dapat rasakan Anna akan menjadi pasangan berlakon yang baik.
“Vibe seorang heroin itu ada pada dia. Saya sudah pun membaca skrip dan boleh nampak watak ini macam mana,” katanya kepada MH.
Pemenang anugerah BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media draka Gamers Mangkuk yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Amir turut menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya ingin merampas Anna daripada Meerqeen yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan istimewa.
“Dalam komen di media sosial, ada yang kata saya ni cuba merampas Anna. Kebenarannya, saya tidak merampas apa-apa pun.
“Saya hanya nak bekerja dan bawa watak saya sahaja. Tiada istilah rampas- merampas,” katanya lagi.
Jelas bintang kelahiran Hero Remaja 2021 ini lagi, hubungannya bersama Meerqeen juga sangat baik dan tidak tegang seperti yang didakwa segelintir pihak.
“Saya suka bekerja dengan Anna sebab dia profesional. Meerqeen juga ada berikan kata-kata semangat. Dia nak saya buat yang terbaik. Saya berterima kasih kepada dia.
“Saya tidak merasakan ada situasi tegang diantara saya, Anna dan Meerqeen. Yang mengapi-apikan itu mungkin hanyalah daripada peminat itu sendiri,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, khabar angin yang mengatakan Amir dan Anna sedang menjalinkan hubungan istimewa menjadi buah mulut ramai selepas video mesra mereka di set penggambaran kerap tular di seluruh platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!