Hiburan

“Kita Kena Waras Untuk Menguruskan Rumah Tangga,”- Usaha Jadi Ibu Bahagia, Ini Nukilan Abby Abadi

Share

Pelakon, Abby Abadi menasihatkan golongan ibu untuk tidak mengetepi kebahagiaan diri sendiri meskipun memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak serta menguruskan keluarga.

Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, soal kesihatan mental tidak harus dipandang remeh kerana ia mampu memberikan kesan buruk jika kita gagal mengawalnya.

“Tak perlu berusaha menjadi mama yg sempurna tapi berusahalah menjadi mama yg bahagia.

“Kerana kita harus waras. Waras untuk menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak dan hal-hal yang lainnya,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, para ibu berhak melepaskan rasa sedih sekiranya perkara itu membuat mereka berasa lega.

“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya.
Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” ujarnya.

Meskipun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud disebalik hantaran tersebut, ramai yang mengatakan Abby seakan terasa hati dengan anaknya Marissa Dania Hakim.

Ia susulan selepas Marrisa dilaporkan kehilangan cahaya mata sulung yang dilahirkan pra matang.

Pada Sabtu, menantu kepada Abby iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.

Memetik laporan Mstar pada Ahad, Abby dikatakan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan masih belum mendapat berita sahih daripada Marissa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Abby selain turut berharap agar Marissa tidak membelakangi ibu lagi selepas ini.

“Allah sayang kamu. Sejak itu kamu diuji sejak daripada dulu lagi dan kamu harunginya dengan baik sekali. Doakan yang baik-baik dan husnudzon dengan perancangan Allah. Kesihatan mental itu penting.

“Saya tahu, Kak Abby mama yang baik dan paling bersabar selama ini. Kak Abby jangan sedih-sedih. Anak-anak yang lain lebih perlukan Kak Abby yang membahagiakan mereka.

“Semoga Kak Abby terus kuat. Tiada yang kekal di dunia termasuk air mata.

“Teruskan tersenyum bahagia Kak Abby. Sentiasa bersangka baik dengan ujiannya. Ada hikmah semua ini,” antara komen-komen netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber: Instagram Abby Abadi, Mstar & Harian Metro

Published by
Aizam Manaf