Sekali lagi berjaya mengekal 5 Star di Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), persembahan lawak yang ditampillan kumpulan ABC nyata mencuri perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi apabila salah seorang pesertanya, Cik B yang melakonkan watak ibu sendiri, Datuk Seri Vida yang diundang ke sebuah majlis bagi merasmikan sebuah pusat kecantikan.
Sebelum memulakan persembahan, mereka turut ditanya Hos, Elly Mazlein mengenai idea serta prestasi ABC secara keseluruhan.
“Alhamdulillah, feedback yang diterima baik. Cuma minggu ini, kita bagi dia (Cik B) lain lagi.
“Bila minggu pertama dapat 5 stars, itu adalah tekanan yang kita nak bawa, nak kekalkan itu meski syukur alhamdulillah. Harap kami dapat kosisten,” kata Achok mewakili ABC.
Menerima markah tertinggi iaitu 54.50 peratus, ABC turut dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen di Instagram Astro Gempak, para peminat turut memberikan reaksi mengenai persembahan ABC, khasnya kemunculan Cik B yang ditunggu-tunggu.
Rata-ratanya geli hati dengan gelagat anak usahawan itu selain turut memuji penampilannya yang mengenakan tudung.
Terdahulu, minggu kedua MLS2 menyaksikan Jago tersingkir.
Jago yang dianggotai oleh Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus School of Lawak dalam ucapan mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi kerana diberi peluang untuk mencuba program berkenaan.
Selain Jago, kumpulan Zuzuzu Gojes juga turut berada dikedudukan terendah.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI