Bersempena sambutan ulang tahun yang ke-14, stesen TV Alhijrah memilih untuk meraikan hari bersejarah itu dengan menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah Saifulizan Sidek berkata, inisiatif program ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ itu cuba lari daripada kebiasaan sambutannya.
“Majlis hari ini kita adakan bersempena ulang tahun TV Alhijrah yang ke-14. Kita cuba untuk lari daripada sambutan normal yang biasa kita buat sebelum ini.
“Walaupun TV Alhijrah telah melangkah ke satu tahap yang baharu, kami tetap mahu berkongsi program-program yang jarang kita tunjukkan di kaca televisyen.
“Program Hijrah Perihatin ini sangat signifikan buat kami. Ramai ingat kami ini hanya aktif di tv sahaja tak tidak turun ke lapangan untuk berinteraksi langsung dengan penonton.
“Jadi, kami jadikan program ini sebagai medium untuk TV Alhijrah menyantuni penonton-penonton kita yang kurang bernasib baik. Sejak lapan tahun penubuhan Hijrah Perihatin, kita telah menyantuni hampir 40,000 orang,” katanya kepada MH.
Sambutan ulang tahun TV Alhijrah dan program Hijrah Perihatin telah berlangsung dengan jayanya di Muhibbah Seafood Restaurant, Kampung Sungai Penchala, baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, pihak TV Alhijrah akan sentiasa berusaha menggunakan platform yang tersedia bagi menarik mingat golongan korporat untuk turut sama terlibat di dalam usaha murni ini.
“Misi kami adalah untuk pastikan golongan miskin ini tidak berasa ketinggalan. Kami nak tunjukkan kepada mereka bahawa ada orang yang ingin bersama-sama mereka untuk menempuh ujian dan dugaan.
“Kemiskinan ini ada di mana-mana sahaja. Kami akui yang kami tak mampu pergi ke semua tempat. Jadi, inisiatif kami adalah
untuk paparkan program seperti ini di TV Alhijrah dalam bentuk kapsul atau berita.
Ads
“Kami bukan nak menunjuk namun kita nak galakkan golongan-golongan korporat untuk sama-sama menyumbang. Jadi, diharapkan inisiatif kecil ini dapat beri impak kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.
Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.
Ads
“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar.
“Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kongsinya lagi.
Terdahulu, pada majlis sambutan ulang tahun itu, sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dan Kelab Met Harian Metro.
Bakul makanan tersebut merangkumi makanan keperluan asas seperi minyak masak, beras, telur dan macam-macam lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Safiey Ilias mengakui pernah mengalami masalah kesihatan mental dan depresi sejak 5 tahun yang lalu sehingga kini.
Di samping berkongsi pengalaman kemurungan yang dialami, penyanyi lagu Syinta Gila ini memberitahu bukan satu perkara yang mudah untuk melawan penyakit ini.
“5 tahun ratu lwan sakit ni . Major Depression , anxiety, panick attack , bipolar , skefzornia , dan mcm2 lagi . Malas nk tulis . Tp semua ni adalah penyakit mental illnesses .
“Bulan ni ratu last dipantau doktor untuk pengambilan ubat , jika this month semua oke , bulan depan ratu dah xpayah bergantung dgn ubat . Ratu happy sebab akhirnya ratu dpt lwan sakit ni,” tulisnya.
Menurut Safiey, masalah kesihatan mental dan depressi tidak boleh di pandang remeh malah harus di pandang sebagai satu masalaha yang serius.
“Org ramai salah anggap . Ini adalah penyakit , penyakit perlukan ubat . Tak habis2 isu suruh mengaji dan solat . Ia dua benda berbeza . Kalau kwn awk patah tulang , awk suruh jumpa doktor bukan suruh dia solat atau mengaji .
“Mental illnesses bukan perkara main2 . Ratu bersedia dan tak segan silu nk share mcm mana nk lawan dan berhadapan dgn rakan yg ada sakit ni .
“Di tahun 2021 , mental health and illnesses dh dipandang serius oleh masyarakat dunia gitu . Sebab nya ramai dh mula terkesan lagi2 dgn pandemik yg melanda .
“Im ready to ADVOCATE , EDUCATE , DEDICATE by using my voice and stand up regarding this mental health and illnesses . Gituu . Walau grammar ratu berterabur sebab shuben ratu cakap utagha
“Oke lah . Ratu 2 hari ketiduran makan ubat tidur , so harini baru klua gua . Bukan apa , penat sgt dh bekeje dan layan komen2 nitizen , so ratu off sekejap drpd media sosial,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Safiey Ilias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni mengakui berasa amat bangga dengan segala usaha dan penat lelah bapanya yang telah bekerja selama hampir empat dekad.
Jelas Haziq, semalam, merupakan hari terakhir bapanya berkhidmat di syarikat yang terletak di Kuala Lumpur itu sebelum memutuskan untuk bersara.
Katanya lagi, sepanjang tempoh tersebut, dia telah menyaksikan sendiri kegigihan bapanya yang sanggup berulang-alik dari Rawang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk ke tempat kerja.
“Harini baba last day keje. 37 tahun der kerja dekat company sama memang 1 achievement. Sangat besar. Aku salute!
“Aku jadi saksi tiap hari ulang-alik rawang-kl naik bas. Sebelum Subuh dah gerak. Lepas Isyak baru sampai rumah. Tiap-tiap hari jalan kaki je dari LRT Masjid Jamek sampai Jalan Raja Laut. Gila. Siapa boleh buat.
“Tu sampai sekarang maintain hensem. Now baba dah free boleh dah mana2 producer ambik baba jadi hero drama ni. Happy retirement baba,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pengacara program Muzik-Muzik itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan selamat bersara selain turut memuji wajah awet muda bapa Haziq itu.
“Copy paste teruk. Aku ingatkan Haziq pakai filter orang tua tu.
“MashaAllah, enjoy the retirement days uncle.
“Pakcik, bersiap sedialah menerima follower yang ramai.
“Nampak muda dan sihat ni. Mungkin sebab banyak berjalan ni kot noh.
“Tak nampak macam bapak. Duduk sebelah memang nampak macam abang je. Muda belambak.
“Dah tahu muka Haziq masa tua nanti. Tengok je abah dia,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh dan selebriti media sosial popular, Kasih Iris Leona berkongsi satu video luahan hati di mana dia berasa sedih dan ‘berat hati’ untuk meninggalkan Malaysia bagi menyambung pengajiannya di luar negara.
Leona, 20, yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman memuat naik video tersebut di laman TikTok miliknya sambil mengalirkan air mata kerana merasakan masih belum bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.
“Saya sangat sedih sebab saya akan tinggalkan Malaysia hari ini untuk sambung belajar.
“Sejujurnya dari tadi saya tidak berhenti menangis.
“Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya,” kata Leona sebak.
Dalam video yang dikongsikan pada pagi Ahad itu, Leona juga mengatakan dia masih belum siap mengemas pakaian dan keperluan lain yang perlu di bawa ke tempat pengajiannya.
“Saya akan berlepas malam ini tapi saya masih belum mengemas dan packing barang-barang,” luahnya lagi.
Sementara itu, menerusi pemerhatian di laman Instagram Azhar, dia ada memuat naik sekeping gambar Leona bersama kembarnya, Andika Rees, yang turut akan berlepas ke luar negara untuk menyambung pengajian.
“Rumah Mami (Azhar) akan menjadi sunyilah untuk beberapa tahun akan datang.
“Pergilah terbang, sambung belajar dan belajar rajin-rajin.Jangan tinggal sembahyang okay.
“Ayah akan sentiasa merindui kalian, anak-anakku,” tulis Azhar.
Sekadar info, Azhar mendirikan rumah tangga dengan seorang peguam, Chempaka Emalin Pahamin dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees dan Kasih Iris Leona, 20 tahun.
Sehingga kini video berkenaan sudah pun menerima lebih 800,000 tontonan bersama ratusan komen yang rata-ratanya meminta Leona untuk terus kuat semangat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!