Hiburan

“Kita Lari Daripada Sambutan Normal Yang Gah,” – Sempena Ulang Tahun, TV Alhijrah Serah 100 Bakul Makanan Buat Orang Susah

Share

Bersempena sambutan ulang tahun yang ke-14, stesen TV Alhijrah memilih untuk meraikan hari bersejarah itu dengan menyantuni golongan kurang bernasib baik.

Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah Saifulizan Sidek berkata, inisiatif program ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ itu cuba lari daripada kebiasaan sambutannya.

“Majlis hari ini kita adakan bersempena ulang tahun TV Alhijrah yang ke-14. Kita cuba untuk lari daripada sambutan normal yang biasa kita buat sebelum ini.

“Walaupun TV Alhijrah telah melangkah ke satu tahap yang baharu, kami tetap mahu berkongsi program-program yang jarang kita tunjukkan di kaca televisyen.

“Program Hijrah Perihatin ini sangat signifikan buat kami. Ramai ingat kami ini hanya aktif di tv sahaja tak tidak turun ke lapangan untuk berinteraksi langsung dengan penonton.

“Jadi, kami jadikan program ini sebagai medium untuk TV Alhijrah menyantuni penonton-penonton kita yang kurang bernasib baik. Sejak lapan tahun penubuhan Hijrah Perihatin, kita telah menyantuni hampir 40,000 orang,” katanya kepada MH.

Sambutan ulang tahun TV Alhijrah dan program Hijrah Perihatin telah berlangsung dengan jayanya di Muhibbah Seafood Restaurant, Kampung Sungai Penchala, baru-baru ini.

Katanya lagi, pihak TV Alhijrah akan sentiasa berusaha menggunakan platform yang tersedia bagi menarik mingat golongan korporat untuk turut sama terlibat di dalam usaha murni ini.

“Misi kami adalah untuk pastikan golongan miskin ini tidak berasa ketinggalan. Kami nak tunjukkan kepada mereka bahawa ada orang yang ingin bersama-sama mereka untuk menempuh ujian dan dugaan.

“Kemiskinan ini ada di mana-mana sahaja. Kami akui yang kami tak mampu pergi ke semua tempat. Jadi, inisiatif kami adalah
untuk paparkan program seperti ini di TV Alhijrah dalam bentuk kapsul atau berita.

“Kami bukan nak menunjuk namun kita nak galakkan golongan-golongan korporat untuk sama-sama menyumbang. Jadi, diharapkan inisiatif kecil ini dapat beri impak kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.

Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.

“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar.

“Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kongsinya lagi.

Terdahulu, pada majlis sambutan ulang tahun itu, sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dan Kelab Met Harian Metro.

Bakul makanan tersebut merangkumi makanan keperluan asas seperi minyak masak, beras, telur dan macam-macam lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf