Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pendapatnya selepas ditanya susulan masih ada golongan yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Malah pelbagai pendapat dan pandangan diberikan netizen, lebih-lebih lagi apabila ada selebriti yang lantang bersuara dalam mempertahankan pendirian masing-masing di media sosial.

Siti berpendapat, pengambilan vaksin disifatkan sebagai usaha atau ikhtiar dalam memastikan keadaan kesihatan keluarga serta anak-anaknya lebih terjamin pada masa akan datang.

“Kita Mahukan Yang Terbaik, Selebihnya Berserah Kepada Allah SWT,” – Staff Rumah & Pejabat Dah Selamat Terima Vaksin, Ini Ikhtiar Tok Ti “Kita Mahukan Yang Terbaik, Selebihnya Berserah Kepada Allah SWT,” – Staff Rumah & Pejabat Dah Selamat Terima Vaksin, Ini Ikhtiar Tok Ti “Kita Mahukan Yang Terbaik, Selebihnya Berserah Kepada Allah SWT,” – Staff Rumah & Pejabat Dah Selamat Terima Vaksin, Ini Ikhtiar Tok Ti

Katanya lagi, pengambilan vaksin juga dapat memberikan kelegaan untuk terus aktif bekerja memandangkan rutin kerjanya yang terpaksa berjumpa dengan orang ramai.

“Saya ambil vaksin sebab nak lindungi anak-anak saya (daripada jangkitan). Begitu juga dengan orang yang bekerja dengan saya. Tidak bermakna mereka yang enggan mengambil vaksin itu tidak sihat. Mereka ada cara mereka tersendiri.

Ads

“Masing-masing mempunyai hak terhadap proses berkenaan. Namun, saya hanya mahu berasa lega untuk meneruskan kerja-kerja saya dalam bidang seni,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dan Sidang Media Simplysiti yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ads

Dia bagaimanapun tidak akan bertanya kepada individu yang ditemui sama ada telah menerima vaksin atau sebaliknya.

“Apabila sudah mula bekerja, saya tidaklah bertanya adakah seseorang itu sudah vaksin atau belum. Saya percaya, mana-mana produksi atau stesen televisyen sudah pun mempunyai garis panduan sebelum mengelolakan sebarang program.

“Saya juga yakin, stesen televisyen juga sangat menitik beratkan tentang prosuder operasi standard (SOP) dan setiap artis harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Ads

Sementara itu penyanyi Anta Permana ini mendedahkan, semua pekerjanya, baik di rumah mahupun di pejabat sudah selamat menerima vaksin.

Staff rumah dan staff office semua saya hantar untuk dapatkan suntikan vaksin. Sebenarnya, kita mahukan yang terbaik dan selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.

“Kalau dah ditakdirkan dijangkiti walaupun sudah menerima vaksin, itu merupakan ketentuan-Nya dan kita harus reda seadanya,” katanya lagi.

Pada majlis sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memperkenalkan duta baharu jenamanya, Zahra Zura Aziza Zahanor.

“Kita Mahukan Yang Terbaik, Selebihnya Berserah Kepada Allah SWT,” – Staff Rumah & Pejabat Dah Selamat Terima Vaksin, Ini Ikhtiar Tok Ti “Kita Mahukan Yang Terbaik, Selebihnya Berserah Kepada Allah SWT,” – Staff Rumah & Pejabat Dah Selamat Terima Vaksin, Ini Ikhtiar Tok Ti “Kita Mahukan Yang Terbaik, Selebihnya Berserah Kepada Allah SWT,” – Staff Rumah & Pejabat Dah Selamat Terima Vaksin, Ini Ikhtiar Tok Ti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI