
Tidak dinafikan, tanggungjawab dan tugas sebagai seorang ibu bapa bukan satu perkara mudah dan perlu diambil serius.
Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha misalnya memaklumkan bahawa ilmu pengetahuan keibubapaan sangat penting untuk mendidik dan menjaga anak yang semakin meningkat besar.
“Saya rasa bila kita jadi ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk keluarga dan anak kita. Jadi kita akan banyak buat kajian, banyak membaca dan belajar sebab kita nak paling terbaik untuk anak kita.
“Oleh itu, saya rasa ibu bapa perlu menjadi berpelajaran untuk mendidik anak kerana ia satu perkara yang penting dalam mendidik anak.
“Saya selalu kongsi pengetahuan keibubapaan bersama peminat dan kadang-kadang peminat pun ada kongsi tips penjagaan anak kepada saya,
“Jadi saya rasa bagus juga kalau ibu bapa menjadi bepelajaran sebab banyak benda yang kita boleh belajar mengenai ilmu keibubapaan,” katanya kepada MH.
Sekadar informasi, Hanis mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 7 bulan.
Hanis ditemui ketika majlis pelancaran koleksi jenama Lilit.xWoo/Fiziwoo di Fashionvalet, Publika, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Kawan Yang Tanya Soal Kahwin, Tak Teringin Ke…,” – Meniti Usia 56 Tahun, Ramlah Bercakap Perihal Jodoh Dan Kebahagiaan

Ramlah Ram mengakui dia tidak pernah rasa serik untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Bagaimanapun, hatinya masih belum lagi terbuka dan bahagia dengan kehidupan ketika ini.
Sudah bergelar solo lebih 11 tahun lalu, penyanyi berusia 56 tahun ini juga mendedahkan tidak menolak jodoh dan setiap orang ada cara untuk rasa bahagia.
“Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.
“Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini.
“Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi,” katanya.
Ramlah pada masa sama menambah, setakat ini dia tidak berkenalan atau berkawan rapat dengan mana-mana lelaki selain hanya atas urusan kerja.
Percaya kepada aturan Allah SWT, Ramlah positif dan pertanyaan mengenai hal tersebut tidak pernah membuatkannya rasa tak selesa.
“Kalau media tak tanya, ada juga rakan saya yang lain bertanya. Ia soalan biasa dan saya okay sahaja untuk menjawabnya. Lagipun, jawapannya saya belum nak kahwin dan biar Allah tentukan.
“Bagi saya, perancangan Allah itu sangat terbaik dan saya ikut saja apa yang sudah diaturkan takdir hidup ini.
“Sesungguh-Nya Allah sangat mengetahui hamba-Nya dan teruskan bersujud serta berdoa kepada-Nya,” katanya muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Kemenangan ciptaan Mohar dan lirik ditulis bersama olehnya.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Meski 2 Hari Berlalu Tapi Masih Trending, 7 Selebriti Kita Ini Tak Kalah Gaya Di AJL36

Meski sudah dua hari melabuhkan tirai, namun kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) masih lagi diperkatakan.
Bukan hanya senarai pemenang dan persembahan yang mencuri tumpuan, namun penampilan finalis bertanding turut menjadi buah mulut.
Malah, gaya rakan artis yang hadir sebagai penonton bagi memberi sokongan juga memang tidak kalah dalam bergaya.
Nah, kami sorotkan kembali antara fesyen selebriti kita di AJL36, agaknya mana satu yang paling ‘wow’ pada pandangan kalian?
Siti Nordiana
Persalinan ‘drapping’ rona emas yang dikenakan bintang ini cukup menarik. Solekan manis yang dirias menyerlahkan penampilannya dalam membuat persembahan menerusi lagu berjudul Angkara.
Aina Abdul
Setiap kali muncul, pasti akan diperkatakan termasuklah dua persalinan eksentrik yang digayakan penynayi ini di malam AJL36. Menurut Aina, dia berterima kasih kepada ‘glam squad’ yang berjaya menata rias penampilannya.
“Untuk baju bagi lagu Sepi, ia diinspirasi menerusi persalinan yang dipakai selebriti antara bangsa di majlis anugerah seperti Grammy, Oscar dan sebagainya.
“Malah trofi AJL juga warna keemasan. Jadi kita nak berikan ‘vibe’ seolah-olah kalau tak memang pun, kita sudah rasa seperti juara.
“Ia busana ilham Tsyahmi yang turut mereka pakaian saya menerusi lagu Sumpah di AJL34. Harapnya ramai yang suka dengan penampilan saya hari ini,” katanya.
Aina turut berkongsi gaun yang dilatari dengan bungaan segar menerusi lagu Nafas Cinta pula hasilan pereka terkenal, Melinda Looi.
Nabila Razali
Hadir memberikan sokongan, fesyennya di karpet ungu AJL36 cukup menawan. Dres rona coklat cair dari Nurita Harith ini sempurnakan sisi lembut dan anggun penyanyi lagu Peluang Kedua ini. Jelas Nabila, ia sebenarnya baju yang sepatutnya dipakaikya untuk AJL tahun lalu.
Stacy
Imej kasual menjadi pilihan Stacy yang hadir sebagai komposer menerusi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan bersama suami, Akim Ahmad. Tata rias wajahnya pula oleh Bobo Cinta. Simple yet elegan kan?
Gambit Saifullah
Pelakon Gambit tampil kemas dengan memilih sut hasilan Dato Sri Bernard Chandran untuk digayakan saat hadir menonton AJL36. Kaca mata hitam stail aviator melengkapkan gaya maskulinnya.
Dayang Nurfaizah
Membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu penaja, Dayang ‘nampak’ ungu di AJL36! Seperti biasa, dres indah yang melekap pada tubuh dari Rizalman by Faizuluziaf. Manakala Khir Khalid pula memberikan sentuhan magis pada wajahnya.
Nabila Huda
Hos AJL36 di samping Alif Satar ini mengenakan dua persalinan semalam dan ini adalah ‘look’ keduanya yang mengenakan sut ungu hasilan Rizman Ruzaini. Abil turut memberikan kredit kepada semua yang menata gayanya pada acara muzik tahunan berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibarat Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Terasa,” – Usahawan & Pempengaruh, Coach Said Jumpa Nadir Al-Nuri Serah Sumbangan RM80,000 Demi Rakyat Palestin

Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman zionis Israel turut dirasai ramai insan di dunia termasuk rakyat Malaysia.
Malah selain doa dari kejauhan dan membangkitkan suara mendukung perjuangan di Gaza di media sosial, pelbagai syarikat dan agensi turut terpanggil untuk menyalurkan sumbangan.
Syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab misalnya, turut menderma RM80,000 kepada Persatuan Cinta GAZA Malaysia (CGM) sebagai tanda solidariti membantu rakyat Palestin.
Pengasasnya yang juga pempengaruh, Said Saiful Fazli yang sinonim disapa Coach Said berkata, sumbangan berkenaan diserahkan kepada persatuan bukan kerajaan itu secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di ibu pejabat syarikat berkenaan di Kota Damansara.
“Sumbangan wang RM50,000 itu disalurkan daripada ibu pejabat Choco Albab, manakala RM30,000 lagi itu daripada ejen kami.
“Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Begitulah ironinya kesusahan dan kesengsaraan saudara kita di Gaza dirasai kita di Malaysia. Ini usaha dan jihad kecil kami.
“Alhamdulillah biarpun baru dua tahun jenama ini berada di pasaran, kami juga tergerak hati ingin membantu mereka di sana. Malah saya puji usaha ejen sesama mereka turut terpanggil untuk sama-sama menderma,” katanya.
Tambah Said, saban hari melihat perkembangan dan berita dari sana menerusi paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai pergelutan melanda di sana, hatinya termasuk ejen turut terpalit rasa sedih serta amarah.
“Saya sendiri tak mampu menahan air mata melihat insan tak berdosa termasuklah anak kecil hidup dalam keadaan ketakutan di sana. Hal sama turut disuarakan ejen saya yang turut terasa tempias penderitaan mereka.
“Jiwa kami ini tak tenteram dengan tindakan serangan tanpa henti Israel dari udara dan darat. Sudah beribu-ribu rakyat Palestin menanggung derita yang cedera dan terbunuh,” katanya.
Said turut memaklumkan dia menerima mesej langsung dan di aplikasi WhatsApp daripada ramai pihak yang memuji usaha dilakukan termasuk jumlah sumbangan diberikan.
“Ada yang DM (mesej langsung) di Instagram dan WhatsApp cakap banyak jumlah kami salurkan kepada rakyat di sana.
“Jumlah itu mungkin kecil atau besar di mata kita, tapi untuk mereka yang memerlukan di sana… tentunya ia cukup bermakna.
“Apa yang kami lakukan ini juga seiring visi syarikat untuk membantu orang meningkatkan kehidupan. Sekali gus seperti misi murni kami ini untuk membantu saudara sesama kita di Palestin,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI