“Kita Mahukan Yang Terbaik Untuk Keluarga,”- Pentingnya Ilmu Keibubapaan, Ini Kata Hanis Zalikha

Share

Tidak dinafikan, tanggungjawab dan tugas sebagai seorang ibu bapa bukan satu perkara mudah dan perlu diambil serius.

Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha misalnya memaklumkan bahawa ilmu pengetahuan keibubapaan sangat penting untuk mendidik dan menjaga anak yang semakin meningkat besar.

“Saya rasa bila kita jadi ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk keluarga dan anak kita. Jadi kita akan banyak buat kajian, banyak membaca dan belajar sebab kita nak paling terbaik untuk anak kita.

“Oleh itu, saya rasa ibu bapa perlu menjadi berpelajaran untuk mendidik anak kerana ia satu perkara yang penting dalam mendidik anak.

“Saya selalu kongsi pengetahuan keibubapaan bersama peminat dan kadang-kadang peminat pun ada kongsi tips penjagaan anak kepada saya,

“Jadi saya rasa bagus juga kalau ibu bapa menjadi bepelajaran sebab banyak benda yang kita boleh belajar mengenai ilmu keibubapaan,” katanya kepada MH.

Sekadar informasi, Hanis mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 7 bulan.

Hanis ditemui ketika majlis pelancaran koleksi jenama Lilit.xWoo/Fiziwoo di Fashionvalet, Publika, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Published by
Nazar Rafiqhi