Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment melancarkan single terbaru berjudul Hasbi Rabbi oleh Siti Nordiana yang turut menampilkan Ustaz Sharizan.
Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaru dan merupakan album kedua iaitu Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang.
Istimewanya, album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.
Mengulas mengenai pengalamannya memasuki studio bersama Ustaz Sharizan, Siti Nordiana atau selepas disapa Nana bersyukur kerana ia dipermudahkan.
“Satu pengalaman yang banyak mengajar saya. Ustaz juga banyak pantau nyanyian dan sebutan Nana. Malah sewaktu melakukan rakaman, Ustaz banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar.
“Contohnya ada tentang nyanyian dan maksud selawat yang kurang pasti, Ustaz akan jawab dan memberikan pengisian rohani sewaktu merakamkan lagu Hasbi Rabbi,” jelas Nana yang amalkan Al Mathurat iaitu Al Mathurat Sughra dan zikir-zikir yang lain dalam kehidupan harian.
Berkongsi lanjut mengenai zikir, ibu tunggal ini turut menceritakan mengenai kuasa zikir hingga ada ketika dia menitiskan air mata.
Ads
“Sudah tentu kalau Nana berzikir, saya akan menangis. Ada masa-masa yang Nana akan menangis mengenangkan dosa kita. Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukan.
“Waktu itu Nana akan menangis. Nana juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi. Nana sukakan muzik jadi ia dekat dengan Nana.
“Apabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya mengena, Nana akan mudah menitiskan air mata,” katanya.
Ditanya tentang perjalanan lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian di Malaysia ketika ini, Nana menzahirkan rasa syukur kerana ia sudah sedia diterima di negara ini.
“Bagi Nana, lagu kerohanian sudah banyak dikeluarkan. Alhamdulillah bukan sekadar melodi dan ia tidak terbatas. Malah kini lagu rap dan pop juga menjentik lirik kerohanian. Sangat bagus bila anak-anak muda turut dengar malah hafal.
Ads
“Ia dapat memberikan manfaat dengan mengamalkan lirik-lirik lagu kerohanian tersebut. Malah langkah membuat lagu-lagu yang dekat dengan anak muda, sangat bagus. Lagu pop dan balada tapi berlirikkan kerohanian.
“Sangat digalakkan untuk buat banyak lagi kerana akan ada orang yang tersentuh bila mendengar. Macam Nana, kerap tersentuh bila dengar lagu-lagu Maher Zain dan Opick. Lagu-lagu yang banyak beri ketenangan pada jiwa yang tengah ‘down’.
“Bila dengar, ia seperti memberi semangat balik kepada Nana,” jelasnya lagi.
Ads
Lagu dan lirik Hasbi Rabbi hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang bakal melancarkan versi penuh lagu rayanya yang berjudul Jom Balik Raya jam 12.00 tengah hari ini ada memberitahu menerusi Instagram bahawa dia akan mendedahkan siapakah penyanyi wanita lain yang turut tampil di dalam single berkenaan, selain Zizi Kirana.
“Cuba teka siapa dia?? ada kemunculan khas selain @zizi_kirana dalam lagu #jomraya cerr komen kat bawah👇🏻👇🏻👇🏻.. ingatt yaa esok jam 12 tghri hnya diyoutube tvterlajak lariss,” tulisnya.
Bagaiamanapun melihatkan kepada teaser muzik video serta foto ketiga-tiga penyanyinya menerusi posting yang terdahulu, seperti kami dapat membayangkan penyanyi ketiga bukanlah sahabat niaganya, Sajat seperti yang disangka ramai.
Sebaliknya ialah Bella Astillah kerana menerusi beberapa babak, kebaya jingga cair yang dipakainya itu sama dengan muzik video lagu raya berkenaan.
Bahkan Aliff turut mengenakan baju Melayu moden hijau tua menerusi dua posting yang berbeza itu.
Okay, macam ada kelibat Bella Astillah yang sedang bersalaman menerima kunjungan tetamu kan? Apa pun, untuk dapatkan kepastian jom sama-sama tonton versi penuhnya dalam tempoh dua jam dari sekarang seperti yang diberitahu Aliff menerusi Instagramnya, awal malam tadi.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kekesalan terhadap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Tambahan pula, Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti berasa kecewa kerana perkara tersebut terjadi di bulan ramadan yang mulia.
“Pada bulan penuh keberkatan ini, bulan Ramadan, di saat kita berlumba-lumba mahu berbuat kebaikan, memperbanyakkan amalan-amalan murni, meningkatkan ibadah.
“Janganlah dicemari dengan fitnah atau apa tujuan yang akan membawa keburukan, disalahtanggap atau buruk sangka meskipun dalam bentuk gurauan,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 7 Nasihat ini menjelaskan bahawa dirinya juga sebolehnya tidak mahu bulan ramadan dicemari dengan tuduhan berbaur fitnah.
“Ramai peminat dan followers yang DM saya memberikan tajuk-tajuk penulisan di blog atau twitter yang saya sendiri tidak faham apa tujuan mereka meletakkan nama saya.
“Saya tidak mahu mencemari Ramadan ini dan saya juga berharap tangan yang menulis/menaip, akal yang Allah berikan, digunakan pada tempat dan cara yang betul.
“Elakkan salah faham, salah tanggapan, melaga-lagakan, kadang-kadang dengan tajuk, macam-macam pembaca boleh tafsirkan.
“Subhanallah, elakkanlah perkara-perkara begini kerana kita kini dalam bulan Ramadan, carilah kebaikan-kebaikan yang bertebaran. Moga Allah mengampuni kita semua.,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon, Datin Intan Najuwa tidak menyangka perkongsiannya mengenai pengambilan tiga orang pengasuh untuk membantu menjaga anak sulungnya mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.