Azhan Rani ada berkongsi rakaman video kanak-kanak di Muslim Uighur memanjatkan doa memohon agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan Allah SWT.

Kanak-kanak ini turut menangis memohon agar ibu bapa tidak dipisahkan daripada anak-anak dan negara mereka terus dilindungi.

Doa tulus si kecil ini turut merentap hati penonton yang turut mengalirkan air mata sambil menadah tangan kepada Yang Maha Esa.

Kita menangis kerana doanya.. dan mereka terus meratapi kezaliman manusia.

“Mereka sedang dizalimi.. dunia hanya memerhati dan ambil sikap tak peduli. pak menteri kata berita palsu.

IKLAN

“Dunia terus membisu dan membatu maka kita terus sibuk lagi bertelagah sesama kita, isu2 penunggang agama selebriti yang tak habis2 mencalar dan merobek kesucian agama kita, pak lebai, pak ustaz topeng yang mengketedarah duit jemaah umrah dan haji sedang hasrat mereka ke tanah suci terkubur begitu saja dek nafsu serakah mereka yang memperdagangkan agama.

Juga segala jadah jenayah di mahkamah yang kita baca melibatkan mereka yang menjerut kita bernafas selesa.

“Kisah2 mereka yang diapaparkan dihentam diterajang kerana dikatakan menjatuhkan islam. namun tanpa teguran tanpa mengakui segala kepincangan diri sendiri bersediakah kita menghadiahkan generasi kita menghadapi tragedi seperti ini?” luah pelakon hebat ini.

IKLAN
View this post on Instagram

mereka sedang dizalimi.. dunia hanya memerhati dan ambil sikap tak peduli. pak menteri kata berita palsu. dunia terus membisu dan membatu maka kita terus sibuk lagi bertelagah sesama kita, isu2 penunggang agama selebriti yang tak habis2 mencalar dan merobek kesucian agama kita, pak lebai, pak ustaz topeng yang mengketedarah duit jemaah umrah dan haji sedang hasrat mereka ke tanah suci terkubur begitu saja dek nafsu serakah mereka yang memperdagangkan agama. juga segala jadah jenayah di mahkamah yang kita baca melibatkan mereka yang menjerut kita bernafas selesa.. kisah2 mereka yang diapaparkan dihentam diterajang kerana dikatakan menjatuhkan islam. namun tanpa teguran tanpa mengakui segala kepincangan diri sendiri bersediakah kita menghadiahkan generasi kita menghadapi tragedi seperti ini?

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi netizen di ruang komen. Rata-rata berdoa agar umat Islam Uighur mendapat pembelaan sewajarnya.

IKLAN

“Kita Menangis Kerana Doanya,” – Doa Kanak-Kanak Muslim Uighur Rentap Hati, Ini Luahan Azhan Rani “Kita Menangis Kerana Doanya,” – Doa Kanak-Kanak Muslim Uighur Rentap Hati, Ini Luahan Azhan Rani “Kita Menangis Kerana Doanya,” – Doa Kanak-Kanak Muslim Uighur Rentap Hati, Ini Luahan Azhan Rani “Kita Menangis Kerana Doanya,” – Doa Kanak-Kanak Muslim Uighur Rentap Hati, Ini Luahan Azhan Rani

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan kumpulan hak asasi manusia sebagai berkata, lebih sejuta orang Uighur dan umat Islam lain ditahan di pelbagai kem di Xinjiang untuk menyeragamkan populasi itu bagi mencerminkan budaya orang Han di China.

Saksi berkata, China memaksa etnik Uighur tidak meneruskan amalan Islam seperti berpuasa pada Ramadan, tidak mengambil alkohol dan daging babi.

Foto : Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI