Berikutan kemelut rumah tangga yang berlaku sejak empat tahun lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana, akhirnya nekad memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.
Menurut Sarah, dia bersyukur kerana segala urusannya telah pun dipermudahkan.
Malah, dia juga turut mendedahkan tarikh sebutan pertama tuntutannya bakal diadakan sehari sebelum ulang tahun perkahwinannya yang ke-9.
“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya sangat lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan. 10 hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang sahaja bila di sana nanti.
“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya, tarikh 7 Mac yang mahkamah berikan untuk proceeding memang cukup significant kerana 8 Mac itu genap ulang tahun perkahwinan kami.
“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami,” katanya kepada MH.
Meskipun tarikh tersebut mempunyai simbolik tersendiri, namun Sarah memaklumkan dia sudah tidak mempunyai apa-apa rasa berhubung tarikh keramat tersebut.
Ads
“Saya tak rasa apa-apa dah. Saya rasa kita mulakan perkahwinan ini 8 Mac dan kita akhirkan juga pada 8 Mac,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu, segala urusan pda hari ini telah pun berjalan dengan lancar.
“Urusan semua berjalan lancar. Kita dah failkan permohonan untuk cerai. Mahkamah telah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac tahun ini.
“Sebelum itu kita akan serahkan saman kepada defendant, Syamsul Yusof dan dia perlu hadir pda tarikh tersebut. Itu adalah tindakan pertama kami,” katanya.
Ditanya dia sedia berdepan untuk melalui proses mahkamah yang panjang, Puteri Sarah berkata, dia lega kerana sudah melakukan prosedur sepatutnya.
Ads
“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun apa yang penting saya lega sudah memfailkan perceraian hari ini.
“Malah Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial.
“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing masih sibuk dengan penggambaran.
“Dia juga ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Puteri Sarah menjelaskan kedua-dua anaknya masih belum dimaklumkan mengenai proses hari ini.
“Anak-anak saya masih kecil dan rasanya mereka masih belum memahami apa yang terjadi. Mereka baik-baik saja dan kini sedang dalam penjagaan keluarga dan belah mentua,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas
Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia kini sudah pun memulakan rutinnya untuk kembali menjalani sesi pengambaran meskipun tahap kesihatan dikhabarkan masih lagi belum pulih sepenuhnya.
Menurut Fizz, sebagai seorang ayah dan suami, dia harus kekal kuat untuk terus mencari rezeki buat keluarga tercinta.
“Perjalanan masih jauh. Kesihatan masih belum pulih sepenuhnya, tapi rezeki harus dicari.
“Doakan semoga kembali seperti biasa. Insyallah. Allah nak uji hambanya. Demi anak-anak dan wife saya kuat,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, The Malaysian Ghost Stories itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Datin Almy Nadia ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih sepenuhnya seperti sedia kala.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Fizz selain turut mendoakan semoga segala urusannya akan sentiasa dipermudahkan selepas ini.
“Ya Allah kau berikan kesihatan yang baik buat Datuk Fizz Fairuz.
“Semoga Datuk dipermudahkan urusan dan segera sembuh. InsyaAllah.
“Semoga Datuk lekas sembuh sepenuhnya tak ada sakit sakit pun dan sentiasa dilindungi.
“Stay kuat dan bersemangat Datuk. Semoga Datuk kekal sihat dan terus kuat dalam menghadapi masa yang mendatang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Fizz telah pun mendapat rawatan di hospital selepas dilaporkan diserang penyakit angin gastrik pada bulan lalu.
Paras asid di dalam badannya dilaporkan meningkat sehingga menyebabkan jadual pemakanannya agak sedikit terganggu.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada pengacara dan penyampai radio, Radin Era, Allahyarham Feridah Hashim baru sahaja menghembuskan nafas terakhir lebih seminggu lalu.
Menurut Radin, dia mengakui terpaksa mengambil sedikit masa sebelum dia memulakan hari-hari serta komitmen kerjayanya seperti biasa.
“Macam semua tahu, saya baru kehilangan ibu saya. Jadi, banyak juga kerja-kerja yang terpaksa saya tolak sebab untuk mengharungi fasa ini agak susah.
“Kerja saya adalah untuk menghiburkan orang. Jadi saya dah bagitahu pengurus, mana yang boleh tolak, kita tolak dahulu dengan cara baik,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy menjelaskan dia akan tetap menjalankan tugasnya sebaik mungkin kerana menyifatkan pekerjaan ini sebagai satu amanah.
“Untuk kembali semula bekerja, seperti semua tahu kerja ini juga amanah. Anak mana yang tak sedih kalau kehilangan ibu ni.
“Alhamdulillah saya bersyukur pemergian arwah ibu sangat tenang dan dipermudahkan.
“Sebagai anak, apa lagi yang perlu saya risau dan fikirkan. Tenanglah mama saya di sana. Kita doakan yang baik-baik,” jelasnya yang turut terharu atas doa yang dizahirkan rakan artis dan peminat.
Radin ditemui ketika menjalani penggambaran program MHthrowback, pada Khamis.
Dalam pada itu, Radin turut mengakui dia berasa sedikit terkilan kerana menganggap masih belum cukup masa untuk membalas jasa arwah ibu.
“Mungkin saya ada sikit terkilan sebab saya rasa belum cukup lagi untuk saya balas semula jasanya.
“Ibu saya menanggung sakit ni dah lama. Sesuatu yang agak kronik. Hampir 36 tahun jugalah. Jadi, kami adik-beradik reda. Kami terima dengan hati yang terbuka,” kongsinya lagi.
Radin menambah, meski pun berat baginya untuk menerima kenyataan, namun dia tetap akan cuba untuk membiasakan diri demi memastikan kerjanya sentiasa berada di tahap yang terbaik.
“Kerja saya adalah untuk menghiburkan orang atau membuat orang lain ketawa. Macam mana saya nak biasakan diri tu, nak tak nak saya kena move on. Memang kita tak boleh lupakan apa yang terjadi.
“Tapi alhamdulilah saya akan cuba untuk kuat dan lapangkan dada. Meneruskan kerja dan kehidupan seperti biasa.
“Sebab saya rasa kalau ibu saya tahu pun, mesti dia tak nak tengok anak-anak dia sedih,” akhirinya.
Kini rancak ditayangkan di pawagam, filem The Assistant mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Filem aksi arahan Adrian Tan ini menjadi penanda aras kepada sinema tempatan yang dilihat baru bernafas semula pasca pandemik yang melanda dunia.
Melihatkan pujian demi pujian yang diberikan penonton, ia bagaikan memberikan sinar kepada sinema tanah air untuk kembali menyinar dengan pelbagai karya bermutu daripada penerbit tanah air.
Bagi penerbit popular, Jaja Ishak, berkesempatan menonton filem The Assitant lakonan Hairul Azreen, Iedil Dzuhairrr Alaudin dan Henley Hii baru-baru ini sebenarnya memberikan dimensi baharu kepada penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan karya berkualiti tinggi seperti filem berkenaan.
“Memang teruja dan gembira apabila dapat sama-sama meraikan The Assitant yang membariskan pelakon hebat tanah air. Mereka bukan sahaja berkarisma membawakan watak dengan baik tetapi dalam masa yang sama berjaya membawa emosi penonton ikut turun naik.
“Saya anggap ini merupakan antara karya yang harus ditonton oleh semua peminat yang sudah lama tidak menonton filem aksi tempatan. Semua akan berpuas hati dengan The Assitant ini,” kata penerbit ini lagi.
Jaja berkata demikian sebaik sahaja selesai menonton tayangan perdana filem berkenan yang ditayangkan khusus untuk penerbit tanah air baru-baru.
Selain Jaja, beberapa penerbit lain turut sama dijemput menghadiri tayangan berkenaan untuk sama-sama menyemarakkan lagi industri kreatif tanah air.
Namun apa yang paling mengesankan Jaja apabila melihat mutu lakonan Hairul yang disifatkan semakin baik dari semasa ke semasa. Dia yang mengikuti perkembangan pelakon itu sejak dahulu percaya bakat yang ada pada Hairul mampu pergi jauh lagi pada masa hadapan.
“Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk Hairul pergi lebih jauh lagi dalam bidang lakonan. Saya mengikuti lakonannya sejak drama Misiku Kuza dan beberapa drama popular yang lain.
“Bila melihatkan perkembangan bakatnya, saya percaya sesiapa sahaja mampu jadi sepertinya sekiranya diberikan naskhah yang baik, pengarah yang hebat dan mampu membangunkan potensi pelakon.
“Semoga apa yang dinikmati oleh Hairul hari ini mampu membuka mata golongan pelakon lain untuk terus meningkat mutu lakonan lebih baik pada masa hadapan,” tambahnya lagi.
Filem The Assistant merupakan terbitan Act 2 Pictures mengangkat kisah seorang pemuda yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Menariknya, baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei lalu, The Assitant sudah pun menyertai Far East Festival Film (FEFF) ke-24 di Udine, Itali bulan lalu.
Selain itu, filem ini juga akan menyertai The Assistant akan menyertai Neuchatel International Fantastic Film Festival (NIFFF) di Switzerlan dan sebuah festival filem di Brussels, Belgium.
“Sebagai rakyat Malaysia dan sama-sama terlibat dalam bidang kreatif, saya bangga dengan apa yang dicapai oleh The Assitant hingga mampu menyertai festival di luar negara dan mengharumkan nama Malaysia.
“Kita berharap lebih banyak filem tempatan yang lain mampu untuk pergi jauh dan terus dibanggakan. Ia juga membakar semangat penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan produk yang lebih baik,” kata pemilik Jaja Ishak Channel Sdn Bhd ini lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!