Sempena sambutan Hari Malaysia, penerbit dan pengacara terkenal Sheila Rusly ada memberi kata-kata ucapan di akaun Instagram miliknya semalam.
Kongsi Sheila, sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga menjadi sebagai rakyat Malaysia.
“Kita mungkin lain agama lain bangsa..Tapi kita tetap orang Malaysia “We are Malaysian”! Be proud! Selamat Hari Malaysia
“#harimalaysia2019 #proud #sentiasabersyukur #alhamdulillah P/s Cuba korang zoom Hebat @maggi.malaysia ” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Lalu, perkongsian pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu mendapat pujian daripada peminat.
Foto : Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebagai Manusia Yang Jahil Ni, Saya Sarankan…,” – Hazeman Huzir Tak Setuju Remaja Kongsi Fasal Hubungan Kelamin Dan…
Pengacara dan Youtubers, Hazeman Huzir ada memberikan pandangannya mengenai isu menjaga aib diri sendiri terutamanya buat para remaja.
Menurut Hazeman atau lebih mesra disapa Haze, lebih baik kita tidak bercerita mengenai segala maksiat yang pernah kita lakukan sebelum ini lebih-lebih lagi di media sosial supaya kita tidak malu di kemudian hari.
Adik-adik, sebagai manusia yang dah rasa hidup jahil ni, saya sarankan jangan cerita kita ni have sex dengan si polan si polan, minum arak, pergi bar etc. on social media.
Allow your future self yg 10 years from now tu untuk tidak rasa malu & cringe dgn postings from the past.
— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) June 8, 2020
“Adik-adik, sebagai manusia yang dah rasa hidup jahil ni, saya sarankan jangan cerita kita ni have sex dengan si polan si polan, minum arak, pergi bar etc on social media.
“Allow your future self yang 10 years from now tu untuk tidak rasa malu & cringe dengan postings from the past,” tulisnya.
Tambah Haze lagi, perkongsiannya itu adalah berkisarkan pengalaman.
Kenyataan tersebut dikongsikan bekas pengacara program Motif Viral itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut menitipkan ucapan terima kasih di atas perkongsian yang dibuat.
Sumber: Twitter Hazeman Huzir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bersiaran Di Rumah, Anak Pula Jam 9 Malam Sudah Masuk Tidur,” – Idam ‘Interview’ Tun Hasmah, Tya Arifin Cabar Diri Jadi Hos Pula
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ismail Kamus Kini Dirawat Di ICU HKL
Pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus dikhabarkan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah akibat serangan jantung, strok ringan dan jangkitan kuman di paru-paru.
“Buat masa ini Tuan Guru masih berada dalam keadaan lemah dan sedang melalui proses rawatan serta pemantauan di ICU, Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.
Ismail, 72, merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia dan pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.
Foto : Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI