“Kita Nak MCO 3.0 Ke?,” – Kes Harian Catat Lebih 3,000, Adibah Noor Bimbang

Share

Seperti yang diketahui umum, kes positif Covid-19 kini dilaporkan kembali meningkat selepas kes harian mencatatkan lebih daripada 3,000 kes, sejak semalam.

Menerusi laman media sosial rasmi Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu negara hari ini dilaporkan telah mencatatkan 3,332 kes positif Covid-19.

“Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes Pecahan setiap negeri: Selangor : 1,083 kes Sabah : 131 kes Johor : 207 kes WP KL : 359 kes Sarawak : 522 kes,” tulisnya.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor ada meluahkan rasa kegusaran serta kerisauan berhubung perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang sinonim dengan lagu Terlalu Istimewa ini bimbang sekiranya pihak kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes positif Covid-19 kian meningkat.

“kita nak MCO 3.0 ke? aduuuuhh…,” tulisnya ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga meluahkan rasa bimbang mengenai perkara tersebut dan mengharapkan agar orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Foto: Twitter Adibah Noor

Published by
Nazar Rafiqhi