Tiada penyingkiran bagi saingan minggu ketujuh program hiburan realiti popular, Big Stage 5, yang bersiaran secara langsung malam tadi.
Keputusan tersebut sekaligus menyelamatkan tiga peserta yang berada di kedudukan ‘bottom three’ iaitu Handoo, Firdaus Rahmat dan Puteri Khareeza.
“Mungkin daripada undian orang luar yang mungkin ada suka dan tidak. Tapi kita ‘nak tolak itu barang’… kalau boleh kami tak mahu sesiapa terkeluar.
“Kami harap produksi bagi peluang. Kita pergi kepada kekuatan masing-masing,” kata Ajai.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional minggu ini;
1. Nadeera Zaini – 95.00%
2. Firdaus Rahmat – 90.00%
3. Waode – 87.33%
4. Hoondoo – 83.67%
5. Putera Muhammad – 80.67%
6. Puteri Khareeza – 76.33%
7. Aufahanie – 76.00%
8. Dem Lepak Boysz – 58.67%
Bertemakan ‘Juri Pulak Memilih’, kesemua peserta Big Stage 5 diadili juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Ziana Zain.
Sementara itu, Putera Muhammad memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini menerusi lagu Asmaradana.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Minggu hadapan, para peserta akan membuat persembahan secara duet dalam saingan separuh akhir.
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI