HomeBerita“Kita Nak Tolong, Kongsi Rezeki Dengan Semua…,” – ‘Booth’ Sold Out Meski...
“Kita Nak Tolong, Kongsi Rezeki Dengan Semua…,” – ‘Booth’ Sold Out Meski Belum Keluar Lagi Kempen Raya, Ben Ali & Nadiyah Shahab Sasar 2 Juta Pengunjung, Jemput Tahfiz Alun Al-Quran
My Events International dan Absolut Event & Management menerusi pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab bakal menganjurkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) buat kali kedua yang berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.
Teruja menantikan festival bersempena musim perayaan itu, pasangan Ben dan Nadiyah meluahkan rasa syukur apabila sokongan berterusan diterima barisan vendor setiap kali menganjurkan festival seumpamanya.
“Niat kami adalah untuk membantu sebanyak boleh peniaga. Kadang-kadang rasa ralat pun ada, bukan sahaja daripada perspektif bisnes tetapi juga kita kalau boleh nak lebih ramai peniaga turut ambil bahagian. Sebab itulah tahun ini kita buka lebih 200 ‘booth’ berbanding hanya 360 ‘booth’ sahaja tahun lalu.
“Kita nak tolong semua, tapi ia berdasarkan ‘first come first serve’ juga. InsyaAllah kalau selepas ini ada peluang, kami terbuka untuk menerima lebih ramai peniaga, sama-sama membantu kongsi rezeki,” kata Nadiyah.
“Sudah tentu bagi pihak kami, kami rasa teruja sebab sebelum kempen di media sosial, semua ‘booth’ sudah terjual. Malah rakan penaja pun ada tanya sekiranya ada peluang untuk kita buka lebih banyak ruang lain. Tapi kami juga perlu fikirkan soal persaingan barangan jualan.
“Nanti kalaulah ada produk jualan yang hampir sama, risau pulangan jualan vendor itu akan kurang. Sebolehnya kita mahu fikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Terhadkan kepada jumlah ‘booth’ tertentu,” kata Ben.
Ads
Mereka pada masa sama berbesar hati atas sokongan rakan artis yang turut sama bakal memeriahkan festival yang bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu.
“Tahun ini kita target sekitar 2 juta pengunjung selama empat hari festival. Jumlah itu dikira secara realistik, belum lagi mereka yang datang dengan pengankutan awam, e-hailing dan sebagainya. Kita tak letak jumlah pengunjung merepek-repek, ia dikira secara konservatif.
“Tahun lalu sekitar 1.25 juta pengunjung. Jadi memandangkan ‘booth’ bertambah, secara langsung kita jangka akan lebih ramai yang hadir susulan pelbagai aktiviti menarik yang mengisi slot sepanjang festival seperti konsert, ‘money chamber’, dan sebagainya,” katanya lagi.
Ads
Berjalan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal, ABXGR23 bukan sahaja diadakan secara ‘indoor’ tetapi juga ‘outdoor’ dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai menu makanan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Pada masa sama, ABXGR23 tidak ketinggalan menghormati Ramadan dengan menjemput ilmuan tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Ads
Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal.
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.
Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka termasuk Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari.
Malah pasangan suami isteri Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan dijangka turut terlibat di dalam festival berkenaan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu meluahkan rasa bangga dengan kemenangan Harnaaz Kaur Sandhu yang dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2021.
Sebagai masyarakat Punjabi, Kavita berbangga dengan kemenangan Harnaaz yang berjaya merangkul kembali takhta gelaran juara dalam pertandingan tersebut selepas 20 tahun.
Pelakon filem Waris Jari Hantu ini telah menzahirkan rasa kegembiraan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Harnaaz Kaur Sandhu from Punjab. @harnaazsandhu_03. Miss India, the new Miss Universe 2021. Celebrating diversity Miss Malaysia soon ok,” tulisnya.
Wajah di sebalik topeng Periuk Kera menerusi program realiti nyanyian The Masked Singer Malaysia musim kedua (TMSM2) telah pun diketahui apabila penyanyi Reshmonu tersingkir di saingan konsert minggu ketujuh, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, kesemua para juri tetap yang dibarisi sembilan selebriti tanah air tidak dapat meneka dengan tepat siapa figura di sebalik kostum Periuk Kera berkenaan.
Salah seorang juri tetap program tersebut, pelakon Ramona Zamzam mendedahkan dia kali terakhir mendengar lagu Resmonu ketika masih di bangku sekolah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Ramona akui tertekan kerana tidak berjaya untuk meneka gerangan yang mengenakan kostum Periuk Kera dengan tepat.
“Last dengar lagu Reshmonu masa sekolah rendah aaaa stress la mcm ni Tapi korang suka kan semua juri tak dapat teka #TheMaskedSingerMalaysia #SiapaDiSebalikTopeng,” tulisnya.
The Masked Singer Malaysia musim kedua telah menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Ramona Zamzam, Michael Ang, Amy Mastura, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107), mulai 28 Januari 2022.
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia musim kedua diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ramona Zamzam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh King Coco menitipkan dedikasi buat suami, sekaligus menjelaskan statuts terkininya yang sudah kembali bergelar isteri.
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran terkininya di Instagram.
“Suamiku sayang, dah hampir setahun lebih kita bersama. Banyak yang kita belum tempuh, tapi yang kita tempuh banyak juga pasang surutnya.
“Kita berdua pernah mengalami alam perkahwinan, yang lepas ada manis ada pahit. Terima kasih kerana masih sedarkan saya, i always deserved better.
“Ada seorang lelaki yang tahu menjaga saya, tahu akan tanggungjawab walaupun tanggunjawab terhadap Mateen dan Haqeem.
“You totally make me realised, there always a knight that save me from all the doomsdale,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Coco pada masa sama turut berdoa semoga sehidup semati dengan suami tersayang.
“I can’t thank you enough. I love you, insya-Allah ini adalah perkahwinan saya yang terakhir. Jika diizin olehNya, saya nak sampai mati dengan awak.
“To more great year with you. i promise ill be loyal and take care of you. Masyallahtabarakallah. Allahummabarik,” kongsinya lagi beserta dengan tanda pagar #gambarkahwinnantipost #yangpentinghalal.
Untuk rekod, King Coco mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwininya pada 1 Januari 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!