Terdahulu, kisah percintaan pelakon jelita Julia Farhana atau nama sebenar Julia Farhana Marin bersama pelakon, Erwin Dawson pernah menjadi perbualan peminat.
Lebih-lebih lagi apabila hubungan percintaan mereka dikatakan telah berpisah di pertengahan jalan.
Bagaimanapun baru-baru ini, pasangan dua selebriti itu menjadi perhatian sekali gus mencetus tanda tanya peminat mengenai status hubungan percintaan mereka apabila mereka dilihat telah hadir di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019) bersama-sama.
Julia ketika dihubungi MH bagi mendapatkan penjelasan ada berkongsi.
Ads
“To me and Erwin pula tak ada benda interesting nak bagitahu because to us very normal.
“Cuma beza dia, people perhatikan our Instagram and perhatikan apa kita buat so orang macam dapat rasa sama ada kita orang break up atau sebaliknya,”kata Julia.
Ads
Bintang tersebut turut mendedahkan, mereka sedang memperbaiki diri masing-masing daripada terlalu fokus perihal hubungan cinta.
“For me and Erwin, we just like tengah work out on ourselves perbaiki diri instead focusing on the relationship,”kongsinya lagi.
Ads
Sebelum ini, pelakon berusia 27 tahun itu telah pernah berkongsi hubungannya bersama Erwin berpisah seketika demi memberi ruang buat diri masing-masing.
“Well, in that case I guess as simple as kita nak try lagi and sejujurnya kami berdua sebelum ini mahukan ruang dan ia merupakan satu kesilapan,”akhirinya.
Apapun, MH mendoakan semoga hubungan baik antara Julia dan Erwin terus berkekalan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai menyambung sebuah perjalanan, itu juga yang dilalui oleh Aufahanie apabila secara rasminya melancarkan lagu Saat Hilang Cintamu pada 17 November lalu.
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah itu bukan sahaja dinyanyikan semula tetapi turut mendapat susunan muzik baharu oleh Ajai yang juga pencipta lagu berkenaan.
Peluang yang diberikan pastinya menjadi kesempatan terbaik buat Aufahanie, 20, lebih-lebih lagi lagu tersebut juga menjadi antara lagu kegemarannya sejak dahulu.
“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.
“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama.
“Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” katanya.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata demikian pada Sidang Media Saat Hilang Cintamu Di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, idea merakamkan semula lagu ini tercetus apabila syarikat rakaman Indigital Music mahukan Aufahanie menyanyikan semula lagu ini, bersempena ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
Lalu untuk memberikan kelainan, pihak pengurusan ada meminta khidmat Ajai selaku empunya lagu berkenaan untuk mengiringi nyanyian Aufahanie dan video berkenaan mendapat sambutan luar biasa pendengar yang mahukan versi studio diterbitkan.
“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui semasa proses rakaman berlangsung meskipun lagu ini sudah ada. Apabila berada di dalam studio, ada perkara baharu yang perlu dipelajari dan itu merupakan proses yang harus dilalui,” kata finalis Big Stage 5 ini lagi.
Malah Ajai turut bercadang untuk menerbitkan single baharu sebelum menghasilkan album penuh untuk Aufahanie sebaik sahaja tamat program berkenaan.
Sebagai langkah pertama, Saat Hilangnya Cintamu dikeluarkan dahulu sementara menantikan lagu baharunya.
Jelas Ajai, dia melihat kesungguhan dan kelebihan yang ada dalam diri gadis berkenaan serta percaya dia mampu menjadi seorang penyanyi yang baik pada masa hadapan.
“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu.
“Saya melihat Aufahanie ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.
“Aufahanie bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula Saat Hilang Cintamu dengan versi sendiri tanpa mengikut cara Allahyarham Siti Sarah menyanyi.
“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” kata Ajai.
Untuk rekod, Saat Hilang Cintamu merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Mimpi Pun Sama yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis oleh Musrad.
Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby Records sebagai penerbit bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal baru-baru ini.
Menurut Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, kemalangan tersebut berlaku ketika dia ingin mengambil kereta untuk membawa keluarganya keluar ke pusat membeli belah, Times Square.
Jelasnya lagi, insiden tersebut telah menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya cedera dan mengalami luka.
“Saya kemalangan. Lepas tu adalah luka sikit. Dekat siku yang pedih sikit tapi pasal kita dah janji dengan isteri dan anak nak ambil kereta dan bawa mereka keluar jalan-jalan ke Times Square, saya turutkan sahaja,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program, Raja Lawak musim ke-5 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memberi tahu, pada awalnya dia merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarganya kerana tidak mahu menghampakan perasaan mereka yang sudah pun bersiap sedia untuk keluar.
Katanya lagi, dia juga sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk menggembirakan keluarganya.
“Kena tunaikan janji dan penuhkan impian mereka. Kalau saya tiada nyawa pun saya sanggup buat apa sahaja untuk diorang.
“Semua bahan bukti kena buang. Kena tukar pakai baju kemeja. Saya cuma nak mereka happy sampai saya tutup mata,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Man dan keluarganya akan terus bahagia sampai bila-bila.
“ALLAH, semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan Man and famili.
“Tapi luka kena rawat cepat-cepat. Nanti infection melarat pula.
“Tak kuat nak tengok video hang Man.
“Allah bang. Kuatnya bang. Terbaik bang.
“Hati-hati bro. Moga sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Menerusi posting berasingan, Man telah berkongsi sebuah video yang memaparkan reaksi keluarga saat dia memberitahu mengenai insiden kemalangan tersebut.
“Lepas sampai Times Square baru cerita dekat diorang jatuh motor masa nak pergi ambil kereta. Nasib baik abang dah ajar awal-awal kat diorang apa jua keadaan dan dugaan yang datang kita kena cool and steady,” ujarnya.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 30,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!