“Kita Ni Berpuluh Kali Nikah. Lepas Cerai Nikah Semula,” – Gurau Fasal Babak, Tapi Ada Netizen Serius Ajak Uqasha Kahwin!

Share

Aduh comelnya lihat Uqasha Senrose ‘kecek Kelate’ menerusi salah satu video yang dikongsikan di Instagram, awal April lalu.

Sedang bersiap sedia untuk menjalani babak nikah menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad, Uqasha sempat berlawak mengatakan termasuk babak ini, sudah berpuluh kali dia bernikah dan kemudian diceraikan.

“Orang nikah kita nak nikah juga. Kita ni berpuluh kali nikah. Nikah cerai. Pas cerai nikah semula.

“Buat habis duit je. Baiklah duit tu buat makan,” katanya.

Teruja mendengar loghat aktres jelita itu, netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Malah, ada yang serius mahu mengambilnya sebagai isteri dan meminta pelakon jelita ini menghubunginya.

Foto – Instagram Uqasha Miming

Published by
Noraini Abd Wahab