Pengacara dan penyampai radio Hitz FM, Keanu Azman akui terkilan apabila ada stesen radio Bahasa Inggeris di negara ini yang mungkin lebih memilih orang luar berbanding rakyat tempatan sebagai penyampai.
Keanu atau nama sebenarnya Mohamad Keanudin Mohamad berkata, stesen radio sepatutnya mengekalkan identiti Malaysia supaya lebih dekat dengan pendengar.
“Isu mengenai keistimewaan yang diberikan kepada orang ‘kulit putih’ ini sebenarnya sudah lama dibangkitkan. Alhamdulillah, kami di Hitz FM selalu menekankan yang kami ini orang Malaysia.
“Kami bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi di dalam dialek Malaysia. Kami juga mainkan lagu yang sesuai dengan Bahasa Inggeris di Malaysia.
“Kita bukan nak tunjuk yang kita ini stesen radio ‘mat salleh’ di Malaysia ini. Tidak kisahlah muzik apa yang kita bawakan sama ada Ariana Grande, Justin Biebier atau Billy Eillish, kita kena sentiasa kekallan unsur Malaysia itu,” katanya kepada MH.
Malah, Keanu turut menasihatkan stesen radio berbahasa Inggeris tempatan lain untuk tidak terlaku terikut-ikut dengan budaya Barat.
“Kita ini radio Malaysia. Sasaran kita bukannya orang dekat Los Angeles sana. Mereka sudah ada Ryan Seacrest. Lantaklah kalau kita jadi orang Melayu pun.
“Saya dan rakan penyampai, Elly pun bercakap dalam Bahasa Inggeris yang selalu kita gunakan seharian. Itulah cara kita bercakap,” ulasnya lagi.
Lantaran itu, pengacara program Hlive ini turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan dan lebih banyak peluang diberikan kepada penyampai tempatan.
“Jadi saya rasa whitewashing dan white privilege di stesen radio Malaysia harus dihentikan selepas ini. Tidak sepatutnya berulang lagi.
“Kita patut melestarikan bangsa Malaysia itu sendiri,” akhirinya.
Sekadar informasi, Keanu ialah salah seorang penyampai stesen radio Hitz FM yang mengendalikan segmen Hitz Tonight bersama rakan penyampai Ili Ruzana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI