Ketika ini, penyanyi dan pelakon Adibah Noor sering memuat naik video dirinya memperbetulkan kesalahan yang biasa dilakukan rakyat Malaysia terutamanya bila berbahasa Inggeris.
Terbaru, Adibah ada memuat naik sebuah video tentang cara-cara menyebut perkataan ‘Waffle’ dengan betul.
Sebut apa pun boleh puan.Adibah, kita orang Msia, lain lah puan pernah jadi guru bahasa Inggeris kat INTAN Jln Elmu.
— Ramli Jaafar (@RamliJaafar3) October 6, 2018
Bagaimanapun, tindakan Adibah itu nyata tidak disenangi oleh segelintir pihak yang mempertikaikan kredibiliti penyanyi tersebut ketika memperbetulkan setiap perkataan bahasa Inggeris itu.
Melihat komen berkenaan, ini respon balas Adibah kepada individu tersebut;
terpulang.
mungkin video saya tu lebih kepada yg bercita2 nak belajar ke luar negara atau nak melancong ke sana.
nak belajar.. silakan.
tak nak.. tak mengapa https://t.co/DKiSEb2dDp— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) October 6, 2018
“Terpulang. Mungkin video saya tu lebih kepada yg bercita-cita nak belajar ke luar negara atau nak melancong ke sana. Nak belajar, silakan.
Tak nak, tak mengapa, tulisnya.
Jelas Adibah, niatnya itu hanyalah untuk berkongsi ilmu kepada mereka yang bercita-cita ingin belajar atau pun melancong ke luar negara.
Bagi MH, tak salah sekiranya kita ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang sesebuah bahasa. Tak kiralah sama ada kita duduk di luar atau pun dalam negara, yang penting kita dapat menimba ilmu baru dan tidak mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang.
Foto: Twitter Adibah Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI