Pada masa sama, Ilya turut membayangkan situasi cintanya kini ibarat sama dengan kisah lama di antara ibu dan bapanya.
Ads
“We love spending time together,getting to know Each other better and understand each other weaknesses.
“Kitorang pernah jumpa 3 kali je then Terus Kahwin .. very the old school.. haha,macam zaman2 our parents dulu ,this remind me my mum Love story , she use to torture us telling her love story wth my dad over and over again ,well biasa Laa kan.
“We have to listen .. so funny when my mum said my grandma bawa my dad ke kilang tempat kerja my mum untuk tanya my mum interested Tak to marry my dad,” tulisnya yang turut mengakui setiap perhubungan itu mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Ads
“Every relationship unique sangat ,special to everyone .. and every individual ada kisah masing masing kan, What is your love story? #lifestyleoflove #raya #rajailya,” tanya Ilya pula.
Pelakon dan pengarah tersohor, Aziz M. Osman mendedahkan dia tidak mempunyai masalah dengan syarat yang diletakkan oleh pihak stesen televisyen untuk mengambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial.
Bercakap di program, Begitu Begini Dj Nazz, Aziz merasakan untuk mendapatkan jutaan pengikut di media sosial, bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana mereka perlu mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Katanya lagi, para pengarah harus memanfaatkan peluang tersebut untuk membentuk para selebriti media sosial ini menjadi bintang pada masa akan datang.
Perkara tersebut telah dibuktikannya ketika dia mula-mula membawa masuk nama-nama besar seperti Neelofa, Maya Karin dan Sari Yanti ke dalam industri lakonan tanah air satu ketika dahulu.
“Kita kena akui fakta, rakan-rakan artis mungkin akan marah saya kalau saya bercakap mengenai perkara ini. Saya boleh terima bila stesen tv inginkan pelakon yang memiliki 1 juta followers.
“Bagi saya, untuk mendapatkan 1 juta followers, ia bukan satu perkara yang mudah. Mereka mesti ada sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya bakat. Bagaimanapun, kalau mereka tiada bakat, mereka tetap akan ditolak.
“Saya memperkenalkan pelakon-pelakon seperti Maya Karin, Neelofa, Sari Yanti dan ramai lagi. Mereka dulu bermula dengan tiada apa-apa. Ada segelintir pihak yang menganggap saya hanya mengambil pelakon-pelakon bintang. Sebenarnya tidak.
“Saya hanya mengambil pendatang filem baru kemudian, saya bentuk mereka menjadi bintang seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama, Kampung Pisang Bersiri-Siri ini turut berpendapat sikap iri hati terhadap mereka yang mempunyai jumlah followers yang ramai ini harus dihentikan sebaliknya bersainglah dengan sihat bagi merebut sesebuah tawaran itu.
“Kalau mereka sudah hadir dengan followers yang begitu ramai, kini tanggungjawab saya atau para rakan pengarah pula yang didik mereka untuk menjadi bintang pada masa akan datang.
“Jangan kita iri hati dengan mereka yang punyai followers sampai berjuta ni. Saya tak nafikan juga yang tiada followers pun berbakat. Saya rasa persaingan itu sihat. Tak perlu pun iri hati atau dengki dengan kelebihan orang lain,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Aziz tidak menafikan pemilihan seseorang pelakon itu harus bersesuai dengan watak yang diberikan.
“Saya tak kata yang saya okay dengan syarat yang diletakkan oleh stesen tv itu. Cuma saya memandangnya dari sudut yang positif. Secara peribadi, kalau tidak kena pada watak, saya tidak akan pilih Instafamous tu. Saya tidak akan paksa mereka untuk sesuaikan dengan watak.
“Ambil sahaja contoh Arwah Mamat Khalid, kesemua budak-budak Kampung Pisang tu, followers mereka pun tak banyak. Watak tersebut tetap juga menjadi.
“Seperti kita tahu, sebahagian daripada followers yang berjuta itu adalah haters. Mereka mengikuti seseorang itu untuk bergosip atau bercakap mengenai pelakon tersebut. Bila ada ramai yang nak bercakap mengenai mereka, mesti mereka ada sesuatu yang lain daripada yang lain,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aziz memaklumkan dia kini bakal kembali mengarahkan sebuah lagi filem komedi melibatkan kumpulan lawak lagenda, Senario.
Sumber: Youtube Gegar FM, Instagram Aziz M. Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Fasha Sandha telah pun meraikan sambutan hari jadi anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-6.
Lalu, majlis yang disambut meriah di Kizsports & Gym Great Eastern Mall, Ampang itu turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Menariknya, majlis tersebut juga turut dihadiri bapa Rayfal, Rizal Ashram Ramli atau lebih sinonim dipanggil Jejai. Malah Aidil turut dilihat sama-sama meraikan.
Pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu bersama Jejai turut berkongsi beberapa keping foto sekitar sambutan.
Menerusi ruangan komen melalui Instagram Fasha, rata-rata peminat memuji keharmonian keluarga berkenaan meski masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Foto: Instagram Fasha Sandha/Rizal Ashram Ramli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada pelakon Datin Anne Ngasri
Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri merupakan antaranya 292 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Turut berkenan berangkat pada istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perkhabaran mengenai pencapaian tersebut dimaklumkan sendiri oleh kakak kepada Anne yang juga merupakan pelakon, Darling Ngasri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada adindaku Datin Hajah Anne Ngasri atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 hari ini (semalam).
“Teruslah menabur bakti demi agama, bangsa dan negara kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat,” tulisnya.
Sementara itu, abang mereka yang juga merupakan pelakon terkenal, Bell Ngasri turut merakamkan ucapan tahniah buat Anne diatas pencapaian yang membanggakan itu.
“Macam budak-budak dapat anugerah je. Apa-apapun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan. Hanya bersyukur ke hadrat illahi dan tahniah buat adik saya Anne Ngasri dapat pingat yang cukup-cukup istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling Ngasri. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia ni yang merepek je kerjanya tak tentu hala,” kongsinya.
Dalam pada itu, Anne menghargai penganugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertekad untuk terus menabur bakti buat masyarakat.
“Syukur dengan izin dan limpah kurniaNya. Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.
“Patik menjunjung kasih dan kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Anne.
Terdahulu, memetik laporan Bernama, daripada jumlah keseluruhan 292 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, 11 individu menerima Johan Mangku Negara (JMN), 13 menerima Johan Setia Mahkota (JSM), dua menerima Johan Setia Diraja (JSD), 69 menerima Kesatria Mangku Negara (KMN) dan empat menerima Kesatria Setia Diraja (KSD).
Sebanyak 90 individu menerima Ahli Mangku Negara (AMN), 88 dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN), 12 penerima Bentara Setia Diraja (BSD), dua menerima BSD Kehormat dan seorang menerima Panglima Gagah Berani (PGB).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bell Ngasri, Darling Ngasri & Anne Ngasri, Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...