Bintang versatil Ifa Raziah mengakui pada fasa sekarang dia tidak mahu lagi memikirkan soal remeh temeh melainkan hanya ingin beri fokus terhadap kerjaya dan keluarga, seiring dengan kematangan dirinya dalam industri.
Bagi Ifa, adalah lebih baik untuk kita saling muhasabah diri dan cuba dekatkan diri dengan hal positif, misalnya dalam soal memilih kawan.
Menafikan dirinya seorang gemar ‘cari musuh’, Ifa sebaliknya mendedahkan dia suka berkawan, cuma ada yang seakan tidak mahu bergaul dengan dirinya.
“Memang saya baik dengan semua orang, cuma bukan semua orang yang nak berbaik dengan kita. Siapa yang makan cili, dialah rasa pedas.
“Apapun, itu biasalah…Dalam ramai yang suka, akan ada yang sebaliknya juga. Jadi kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Ifa turut memberitahu pada tahap sekarang adalah penting juga buat dirinya untuk memilih kawan.
“Kita ni pun kenalah juga memilih kawan. Memang kita perlu pilih sebab kita pun tak tahu bila nak mati. Entah esok atau lusa. Jadi kenalah pilih kawan yang betul, berkualiti,” kongsi Ifa yang turut syukur dengan kesetiaan para peminatnya kini.
Yang pasti, saya bahagia dengan keluarga dan ada peminat yang tak putus-putus berdoa yang baik-baik dan memberikan sokongan.
Meski saya tidak menang apa-apa, atau tidak muncul dengan apa-apa naskhah, mereka tetap ada di sisi. Alhamdulillah,” akhiri Ifa yang kini sukses dengan produk Solid Molid ini lagi.
Foto: Instagram Ifa RaziaH