Bagi segelintir pihak, pembantu rumah bukan hanya sekadar individu yang membereskan perihal dan kerja-kerja rumah tetapi mereka juga sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga.

Malah, sekiranya anak-anak juga sudah selesa, rutin ibu bapa akan menjadi lebih mudah terutamanya bagi mereka yang harus keluar bekerja.

Itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi, Tomok apabila dia berkongsi sebuah video memaparkan anak sulungnya, Arrian Shah yang dilihat menangis teresak-esak ketika ingin megucapkan selamat tinggal kepada pembantu rumahnya yang harus pulang ke Indonesia selepas berkhidmat hampir dua tahun.

Jelas Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan dia juga berterima kasih kepada pembantu rumahnya itu kerana telah menjaga kelurganya dengan baik.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

 “Terima kasih Daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke Indonesia. Sampai jumpa lagi,” tulisnya.

Video berdurasi lebih seminit itu dikongsikan oleh bekas vokalis kumpulan New Boyz itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji cara keluarga Tomok melayan pembantu rumahnya itu.

“Kita Pun Nak Nangis Sekali…,” – Pembantu Rumah Tamat Khidmat & Pulang Ke Indonesia, Video Anak Tomok Menangis Runtun Jiwa Ramai “Kita Pun Nak Nangis Sekali…,” – Pembantu Rumah Tamat Khidmat & Pulang Ke Indonesia, Video Anak Tomok Menangis Runtun Jiwa Ramai

Sumber: Instagram Tomok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI