Usahawan yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim ada berkongsi foto bersama penceramah dan pakar motivasi, Ebit Lew.

Menerusi Instagram, turut bersamanya di da foto yang dikongsikan itu ialah rakan terdekat.

Menerusi ruangan kapsyen, ibu tunggal itu menyatakan rasa terima kasih atas perkongsian ilmu.

“Terima kasih banyak2 Ustaz @ebitlew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yg kami dapat. Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yg berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.

IKLAN

“Betul kata ustaz apa yg berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah,mohon dengan Allah. Tidak perlu cerita kepada sesiapa yg alami adalah diri kita.

“Kita saja yg tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jangan lupa dekat Allah,sebab Allah sentiasa ingat kita,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar Mawar terus kuat dan turut simpati atas apa yang berlaku di dalam kisah hidupnya sebelum ini.

“Kita Saja Yang Tahu Apa Yang Berlaku Sebenarnya,” – Mawar Karim Bertemu Ebit Lew “Kita Saja Yang Tahu Apa Yang Berlaku Sebenarnya,” – Mawar Karim Bertemu Ebit Lew “Kita Saja Yang Tahu Apa Yang Berlaku Sebenarnya,” – Mawar Karim Bertemu Ebit Lew

IKLAN

Dua minggu lalu, bahtera perkahwinan di antaranya bersama Fizo ternokhtah apabila pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bangi.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Maryam yang setakat ini berada di bawah penjagaan Mawar.

“Kita Saja Yang Tahu Apa Yang Berlaku Sebenarnya,” – Mawar Karim Bertemu Ebit Lew

Foto : Instagram Mawar Karim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI