
Pelakon, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berharap hubungan baik bersama pelakon Abby Abadi sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
Meski bergelar bekas isteri kepada suaminya, Norman Hakim, Memey memberitahu amat menyayangi Abby seperti keluarga.
“Hai org sebelah..Kita syg awak tau @abby_abadi112 semoga ukhwah ni sentiasa dlm lindungan Allah..Semoga yg terbaik utk kita semua & anak
“Ps: mummy mama sebenarnya berangan nak bawa anak holiday klu pkpb habis.. jadi ni mummy berangan dulu rasa2 dapat tak bln 12 ni? Bawal baru @normey.hq,” tulisnya.
Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.
Sebelum itu, Norman pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Abby Abadi pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Bagaimanapun, mereka telah berpisah pada tahun 2008.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diana Rafar, Zamarul Hisham & Afyaa Santuni 20 Artis Veteran… Serah RM5,000 & Kejutan Tunai Umrah!

Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Istimewanya, Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 bekerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd dengan menyantuni 20 artis seterusnya memberikan tajaan produk Afyaa Hayyiba, Afyaa Sahiyya selama tiga hingga enam bulan dan wang tunai RM5,000.
Selain itu, kesemua artis turut mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra Datuk Seri Salim Abdul Rahman.
Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia, Mak Wan Latah, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.
Pengasas Dari Poket Artis Ke Poket Artis yang juga pelakon Zamarul Hisham berkata, siri kali ini bukan saja membantu dari wang ringgit, tapi turut memberi fokus pada kesihatan artis yang terpilih.
“Tujuan utama program ini sebenarnya nak menyantuni artis lama dan veteran. Selepas kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0, kita pun dapat tahu Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut membuat ‘follow up’ dengan keadaan mereka dan ada juga artis yang dah dapat bantuan dan seperti bayaran rumah sewa dan sebagainya. Saya dan Diana bersyukur sangat.
“Jadi, untuk kali ini saya cakap kepada Diana tidak semestinya kita kena buat dan bagi dalam bentuk wang sahaja, tapi mungkin kita boleh bantu dari segi kesihatan. Kebetulan saya pernah makan produk Afyaa ini sebab ada masalah pinggang, alhamdulillah berkesan untuk saya.
“Selepas bincang dengan Diana dan bercakap dengan Afyaa, mereka bersetuju menyumbang untuk penjagaan pemakanan selama tiga ataupun enam bulan buat artis yang ada masalah kesihatan serta wang tunai.
“Bagi kami, ini satu cara untuk buka ruang mungkin bukan dengan Afyaa saja, tapi selepas ini mungkin syarikat lain yang dapat tahu mereka ini tak berapa ataupun ada masalah kesehatan. Mungkin syarikat lain juga akan menyusuli. Saya dan isteri bukannya jutawan untuk kita buat setiap bulan, tapi kita cuba untuk buat semampunya dan membantu.
“Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 ini kita bermula dengan pelakon, mungkin selepas ini kita cari pengarah, komposer dan penyanyi. Memang itu impian saya sebenarnya. Tetapi Allah belum bagi kaya lagi. Jadi, kita gunakan cara dan pendekatan sebegini iaitu bekerjasama dengan syarikat yang sukarela dan sudi membantu,” katanya.
Bagi Diana pula, dia berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan.
“Pada awalnnya, niat saya semasa buat Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 sebab dapat sambutan ramai artis seperti Mila Jirin dan Zizan Razak. Artis yang datang sahaja kami boleh kumpulkan daripada seorang itu RM3,000 hingga RM4,000.
“Jadi, saya fikir kalaulah perkara ini dapat diteruskan setiap tiga bulan dan kalau dapat teruskan setiap bulan saya bersyukur sangat sebab ramai lagi artis yang tengah popular sekarang kalau dapat tolonglah hubungi saya sebab mahu bersatu.
“Tetapi, pastinya ada ujian juga bukan senang nak kumpulkan semua dan bergerak di bawah satu kepala. Jadi saya fikir tak apa kalau susah di sini, mungkin Allah bagi jalan kepada pengasas produk pula.
“Saya yakin program seperti ini akan berterusan dan berpanjangn atas niat yang betul. Mungkin bukan setiap tahun, tapi kalau diizinkan Allah setiap bulan saya dan Zamarul memang nak buat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Afyaa Azim Adnan berkata, pihaknya berbangga untuk memberikan sokongan kami kepada artis-artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri hiburan tanah air.
“Kamil komited untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan kami. Kami berbangga untuk memberikan sokongan kami kepada artis-artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri kami selama beberapa dekad.
“Kami bernekad untuk melangkaui batas dalam memastikan kesihatan dan kebahagiaan mereka yang menggunakan produk kami dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.
Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 berfungsi sebagai platform penting untuk merapatkan jurang generasi dalam industri hiburan.
Dengan mencipta peluang interaksi di antara artis moden dan artis veteran, inisiatif ini memupuk rasa perpaduan, kerjasama dan semangat saling menyokong yang lebih mendalam merentas era komuniti hiburan yang berbeza.
“Ini mempamerkan bukti usaha berwawasan Diana Rafar dan Zamarul Hisham, yang dedikasi mereka terhadap program ini bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapi oleh artis veteran.
“Melalui kerjasama ini, mereka berusaha untuk memberi penghargaan ke atas sumbangan seniman berpengalaman kita, sambil menggalakkan semangat setiakawan dan berkongsi kejayaan dalam industry seni Malaysia,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerana Rambut Ni, Kita Tidur Duduk!,” – Haiza Cerita Kisah 25 Tahun Dulu, Cikgu Beri Cuti 1 Minggu Promosi Album Lepas Habis PMR

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza ada merakam memori indah ketika di awal penglibatannya dalam dunia seni lebih 25 tahun lalu.
Menerusi Instgaram, Haiza atau nama sebenarnya, Norhaizah Nordin berkongsi sekeping foto ‘pin-up’ lirik single sulungnya, Dag Dig Dung menerusi majalah Media Hiburan.
Sambil berkongsi kenangan, Haiza turut mendedahkan dia terpaksa tidur dalam posisi duduk kerana stail rambut yang digayakan pada ketika itu.
“Dulu fesyen rambut sis @ningdalton jadi inspirasi. Haiza keluar, rambut kena sesuatu.
“Kerana rambut ni, kita tido duduk ye. Kak Nurul datang hotel buat malam tu, esoknya nak fotoshoot. Buat awal supaya press tak tunggu lama,” tulisnya.
Haiza turut memberikan dedikasi kepada beberapa individu yang bertanggungjawab menguruskannya pada sesi tersebut.
“Gambar 1996 pin up poster @mediahiburanofficial. Lokasi Wenworth Hotel (bulatan kg pandan).
“Ni salah satu keje yang kena buat masa promosi album Dag Dig Dug. Cikgu kasi cuti seminggu pegi promo album lepas abis PMR. Yehaaaa.
“Makeup n hairdo,the one and only @nurulshukor_official. Orang kuat, PR Polygram Record @cikmil
“Al-Fatihah buat Abg Lan. Pencipta lagu dan penerbit album saya,” tulisnya lagi.
Selain Dag Dig Dug, Haiza turut sinonim menerusi beberapa single lainnya seperti Yang Nombor Satu dan Jeling Menjeling.
Foto: Instagram Haiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Ada Bazar, Tidak Membuang Makanan,” – Bersederhana, Atikah Suhaime Teruja Dapat Kenal Erti Ramadan Sebenar

Seperti sedia maklum, sambutan ramadan tahun ini sedikit berbeza apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuk fasa keempat dan dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.
Malah, setakat ini perniagaan secara langsung di kawasan awam seperti bazaar Ramadan turut turut tidak dibenarkan.
Lalu pelakon, Atikah Suhaime ada meluahkan rasa berkenaan dengan sambutan puasa tahun ini meski sedikit berbeza daripada kebiasaannya.
“Salam ramadhan. Saya teruja untuk tahun ini, kita dapat mengenal erti Ramadhan yang sebenar. Sederhana.
“Tidak ada bazar, tidak membuang makanan. Ramadhan bukanlah makanan yang akan anda buka puasa tetapi lebih seperti refleksi, dan memberikan yang terbaik dari diri anda,” kongsinya.
Dalam pada itu, bintang Volkswagen Kuning ini memberi nasihat kepada peminat untuk rebut peluang melakukan ibadah sebanyak mungkin di bulan Ramadan yang suci.
“Lakukan Ibadah sebanyak mungkin. Makan dengan sihat, untuk kali ini. Bagi mereka yang hanya alim semasa ramadhan, saya harap anda akan terus menjadi alim walaupun selepas ramadhan.
“Dan untuk orang bukan Islam, jom sertai kami dalam bulan puasa ini dan turunkan berat badan. Semoga anda semua dalam keadaan baik,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar pelakon berusia 29 tahun asal Singapura itu dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.
Foto: Instagram Atikah Suhaime
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI