Selain keluarga, sahabat juga memberikan peranan besar dalam kehidupan apabila kita menghadapi sesuatu dugaan dalam kehidupan.
Pelakon Abby Abadi misalnya ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya, lengkap dengan kapsyen khsusus buat Erra Fazira.
Ini perkongsian yang didedikasikan Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan itu;
“Kita sayang Kak @errafazira kita Dulu, kini & selamanya ALLAH UJI SEBAB SAYANG.
“Bahagian Saya lain Bahagian Akak lain pula Tapi kena terus kuat k Kakakku
Ads
“Ujian itu tanda ALLAH sayang Sebab tu DIA bagi perhatian pada kita DIA nak kita makin dekat dgn DIA.
“Menangislah semahu2nya Tapi jangan putus asa dengan rahmatNYA
“ALLAH sebut dalam ALQURAN Setiap kesusahan Pasti ada kemudahan Yakin dgn janjiNYA ok kakakku Yg cantik lawa manis selalu I love U Lillahi Taala Muahhhhhhh selamanya.
Persembahan Nikki Palikat pada saingan konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berjaya meraih perhatian.
Nikki yang menyanyikan lagu berjudul Gelombang yang pernah dipopular oleh penyanyi Salamiah Hassan turut meletakkannya sebagai bintang yang meraih markah paling tinggi Ahad lalu.
Menurut Nikki, dia akui lagu tersebut disampaikan sebaik mungkin dan penuh penghayatan sambil memikirkan mangsa banjir, baru-baru ini.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar semua sama-sama dapat menitipkan doa dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi yang berkemampuan.
“Hidupku seperti badai, tak henti gelora, musnahlah segala.”
“Tak sangka lagu Gelombang ni sangat kena dengan isu banjir yang melanda negara kita. Sambil menyanyi memang memikirkan mereka yang ditimpa bencana ini, terutamanya yang terdekat dengan Nikki sendiri.
“Sama-sama kita berdoa dan hulurkan bantuan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan persembahan Nikki. Nikki sangat hargai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Baru-baru ini, tular sepotong klip di media sosial yang memaparkan tindakan pelakon, Amir Ahnaf yang dikatakan sedang memarahi seorang netizen ketika sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.
Mengulas mengenai insiden tersebut, Amir memaklum dia terpaksa berbuat sedemikian kerana tindakan netizen itu dikatakan agak keterlaluan.
Menurut Amir, individu tersebut yang juga merupakan kanak-kanak itu dikatakan telah mempersenda nama bapa kepada pelakon, Anna Jobling, Allahyarham Abdul Rahman Jobling Abdullah yang baru sahaja meninggal dunia pada September lalu.
“Bapa Anna Jobling baru sahaja meninggal dunia. Kemudian, ada sorang kanak-kanak menganjing pula nama arwah. Saya terkejut dan marah.
“Bila saya lihat akaun, rupanya seorang budak. Dia sangat muda. Kenapa bergurau sampai begitu.
“Saya tak suka orang yang biadap. Namun, bila kita biarkan, orang lain pula makin melampau. Paling menyedihkan perkara tersebut datang daripada seorang budak
“Sebolehnya saya tidak mahu menunjukkan sisi yang tak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya kepada MH.
Pemenang anugerah BBNU Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Gamers Mangkuk baru-baru ini.
Katanya lagi, dia terpaksa memberikan teguran sedemikian bagi menjelaskan tindakan tersebut adalah satu perbuatan yang salah.
“Saya rasa itu tanggungjawab saya untuk menegur walaupun kedengaran agak kasar. Budak-budak sekarang mungkin sudah terbiasa bergurau begitu.
“Kalau nak masuk ke dalam sesi siaran langsung saya, jangan berperangai macam tu,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Amir turut memaklumkan dirinya akur sekiranya tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
“Saya sudah bersedia jika ada yang sokong atau tidak dengan tindakan saya itu. Memang itu lumrah di dalam dunia selebriti ini.
“Saya terbuka untuk menerima sebarang komen. Setiap orang mempunyai perspektif dan cara penerimaan sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Amir bakal muncul menerusi drama terbaharu yang berjudul Gamers Mangkuk.
Drama arahan pengarah, Hyrul Anuar itu meneroka perjalanan lima anak muda yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang.
Selain Amir, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Taufik Izmir, Nick Davis, Sara Mack Lubis dan Sathisvaran.
Gamers Mangkuk bakal ditayangkan di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410) pukul 9 malam atau menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mengimbau detik empat tahun lalu sewaktu mula menjalankan perniagaan Ayana Hijab.
Kongsinya, dia telah menempah kira-kira 8000 meter kain dengan empat warna berbeza dan dijanjikan untuk mengambilnya dua bulan sebelum raya.
Namun cukup mengecewakan apabila tempahan yang dibuat hanya siap satu minggu sebelum raya dan akibatnya, kain tersebut hanya tersidai di dalam kedai.
Dakwa Fadzil, itulah cara yang digunakan kapitalis untuk ‘membunuh’ peniaga kecil yang menjadi saingan dalam dunia perniagaan.
“Teringat lagi raya 4 tahun dulu, masa buat @ayanahijab kami order kain 8,000 meter. Janji ok kain 4 kaler ni u boleh mari ambik 2bulan sebelum raya, kami terus letak deposit 50% ONZzz.
“Tunggu punya tunggu, seminggu sebelum raya baru terima kain.
“Seminggu nak raya baru dapat kain nak buat tudung raya jadah hapa… pastu hangpa tau dak?? Kaler pun salah… hang rasa macamana?
“Tak boleh tukar balik & tak sempat dah pun nak tukaq balik, last2 jadi apa kain tu berlonggok je la dalam kedai kami tak sempat buat apa.
“Tu la cara kapitalis nak bunuh peniaga kecik yang ada saingan pada produk dia, ada paham?,” dakwanya.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga menjelaskan, rupanya ramai peniaga turut menjadi mangsa.
“Dah la juai kain dengan orang orang macam kami, dia sendiri pun juai tudung, dia sendiri pun juai baju raya. Baju kat butik kami jual harga RM180, dia bunuh orang2 macam kami dengan jual baju harga RM10.
“Ingat kami sorang ja kena camni, rupanya ramai lagi yang kena, ada yg depa tiru design baju sebijik pastu jual harga lagi murah, habis.
“Ada tokey yang dah tak ambik supply ngan depa diganggu bisnesnya, hantaq orang buat kacau kat tempat bisnes baru tokey tuh, kesian baq hang.
“Yang pernah kena paham paham la kan,” tulisnya panjang lebar.