Pelakon, Nazim Othman ada berkongsi  perihal doa serta meminta pertolongan dari Allah S.W.T jika ditimpa kesusahan.

Menurut Nazim, dirinya tidak pernah berhenti berdoa kepada Yang Maha Esa meski diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup.

“Tiap-tiap hari berdoa Allah ampunkan dosa-dosa diriku , permudahkan hidup yang penuh ranjau ini, supaya dilindungi daripada keburukan ( sebab hati kita sebagai manusia ni memang mudah berbolak balik ).

“dikurniakan kesihatan yang baik, diberi ketenangan dalam hati, dilancarkan rezeki dan lain-lain ( bahagian lain tu biar Dia je yang tahu ).

IKLAN

“Hari ni, I feel so blessed, getting almost everything I’ve been praying for.,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Cindai ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolong kepada Yang Maha Pencipta.

“Kawan-kawan, kita solat bukan sebab kita baik, tapi kerana kita hamba. Jadi kalau nak kan sesuatu mintalah dari Yang Maha Pencipta. Have a great day!,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

IKLAN

Lantas, perkongsian Nazim tersebut telah mendapat perhatian daripada peminat.

IKLAN

Malah, rata-rata peminat bersetuju dengan perkongsian bintang berusia 35 tahun itu.

“Kita Solat Bukan Sebab Kita Baik, Tapi Kerana Kita Hamba,”- Nazim Othman“Kita Solat Bukan Sebab Kita Baik, Tapi Kerana Kita Hamba,”- Nazim Othman “Kita Solat Bukan Sebab Kita Baik, Tapi Kerana Kita Hamba,”- Nazim Othman

Foto: Instagram Nazim Othman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI