Pengarah Urusan Dr Cute International Sdn yang sinonim menerusi perniagaan estetik, Dr Abdullah Haji Alias atau mesra disapa Dr Cute, belum terfikir untuk tampil melancarkan lagu sendiri, seperti mana yang pernah dilakukan oleh rakan pengasas yang lain sebelum ini.
Dr Abdullah yang memiliki 15 tahun pengalaman dalam bidang perubatan selain berpengetahuan luas dalam dunia kecantikan selama tujuh tahun berkata, dia bukanlah individu yang layak untuk terjun dalam dunia seni sebagai penyanyi atau pelakon.
“Soalan pertama saya kalau buat lagu, adakah orang nak dengar suara saya? Beginilah, kemahiran serta kepakaran saya ialah sebagai doktor yang merawat pesakit, melakukan kajian terhadap pembangunan produk baharu dan sebagainya.
“Saya bukanlah orang yang layak untuk jadi penyanyi atau pelakon. Sebab bagi saya, dalam dunia bisnes kita memang didedahkan dengan dua kaedah permasaran, iaitu good and bad marketing.
“Maaf kata, saya ada level sendiri. Bukan nak kata saya ni bagus. Cuma bagi saya, saya golongan profesional. Jadi lebih baik kita beri peluang pada penyanyi yang sedia ramai di luar sana untuk teruskan kerjaya mereka,” katanya ketika ditemui pada Malam Gemilang Inderaloka Pahlawan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis sama, turut dilancarkan ialah Kopi Oral Sunblock (Sunproof Coffee) yang bertindak sebagai pelindung matahari oral pertama di Malaysia selain memperkenalkan pempengaruh, Muhammad Noor Zakaria (Mdno) sebagai wajah wakilan.
Malah jelasnya lagi, kita sekarang sudah memiliki ramai penyanyi lelaki dan wanita yang berbakat besar termasuk yang baharu dan lama.
“Biarlah mereka sahaja. Malah kita sekarang sudah ada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bagi ruang kepada mereka yang boleh menyanyi. Cukuplah saya sebagai doktor, jadi doktor saja.
Ads
“Setakat ini saya belum lagi menerima apa-apa tawaran untuk merakam lagu. Cuma baru-baru ini, saya dipanggil untuk sesi rakaman temu bual di konti sebuah stesesn radio dan ada yang cadangkan selepas ini saya boleh jadi penyampai radio.
“Saya jawab, tugas dan tanggungjawab sudah terlalu banyak. Tidak mengapalah, takkan kita nak tapau semua. Bagilah ruang dan peluang kepada mereka yang lebih layak,” katanya lagi.
Mengulas mengenai produk terbaharu yang dikeluarkan itu Dr Abdullah menjelaskan ia sebagai pendekatan baru dalam penjagaan kulit yang menggabungkan perlindungan UV dengan rutin harian minum kopi.
Produk ini menawarkan cara mudah dan praktikal untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV, kesan terbakar oleh sinaran mentari, serta penuaan pramatang.
Ads
“Sunproof Coffee adalah hasil penyelidikan yang mendalam, menggabungkan teknologi pelindung matahari terkini dengan ritual harian minum kopi. Ini adalah penyelesaian yang mudah, namun inovatif, untuk melindungi kulit dari dalam.
“Ini adalah satu revolusi dalam bidang penjagaan kulit. Dengan memanfaatkan kuasa antioksidan dan bahan pelindung matahari, kami menawarkan satu cara yang berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV, tidak kira di mana mereka berada.
“Ini adalah masa depan penjagaan kulit yang mampu melindungi kulit dari dalam, dengan setiap hirupan kopi,” katanya.
Berbeza dengan produk pelindung matahari generik sedia ada, Sunproof Coffee menawarkan perlindungan luar dalam menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat seperti Moringa, Bawang Lanang Hitam, Paku Pakis (Polypodium Leucotomos), Kopi Hijau, dan Astaxanthin.
Ads
Selain memperkenalkan produk inovatif ini, Dr Cute International Sdn Bhd juga melancarkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB), iaitu sebuah inisiatif untuk memberikan sokongan kepada usahawan Bumiputera yang berminat menceburi industri kecantikan dan kesihatan.
Program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama MARA, Projek Keusahawanan, dan USMARI Research Center, yang menawarkan pembiayaan sebanyak RM10 juta untuk membantu usahawan berkembang, dari pembangunan produk hingga pemasaran dan jualan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk memulakan perniagaan mereka dengan sokongan kewangan dan bimbingan yang diperlukan.
Bagi yang berminat, boleh menyertai Program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB) dengan membuat permohonan melalui laman web rasmi Dr Cute International Sdn Bhd atau melalui ejen-ejen yang terlibat.
Majlis turut diserikan dengan penampilan Elly Mazlein sebagai hos selain persembahan nyanyian daripada Zaiton Sameon, Shah Iranz dan Rehana Han.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, mendedahkan dia tidak tahu akan kepastian mengenai dakwaan yang mengatakan anak sulungnya, Ayden Adrean, 8, memanggil Syed Saddiq dengan panggilan ‘dad’ (ayah).
Situasi itu menjadi perhatian ramai apabila Syed Saddiq, atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, membawa Ayden ke Parlimen bersama ibunya, baru-baru ini.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Bella menegaskan, dia sendiri tidak mendengar Ayden memanggil Syed Saddiq dengan panggilan tersebut.
“Tak Dengar”
“Itu saya tak dengar. Saya pun nampak di TikTok. Lepas itu, saya tak dengar. Tak ada,” katanya ringkas ketika ditemui sejurus Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Datuk a Aida & Salam HD di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, pada Isnin.
Bella bagaimanapun, pada masa sama menyifatkan pengalaman ke Parlimen itu sebagai sesuatu yang sangat berharga.
“Pengalaman ke Parlimen sangat bagus bagi saya sebab dari kecil tengok Parlimen dan tak sangka dapat masuk serta lihat sendiri bagaimana perjalanan bersidang.
“Suasana dalam Parlimen sangat besar dan cantik. Jadi, dapat peluang melihatnya secara langsung memang satu pengalaman berharga,” katanya lagi.
Ayden Teruja Masuk Parlimen
Tambah Bella, meski pada mulanya anaknya itu agak gementar, tetapi akhirnya sangat teruja dengan pengalaman tersebut.
“Mula-mula, Ayden beritahu dia ada rasa takut nak masuk Parlimen. Tapi, Alhamdulillah, dia sangat teruja dan dapat tengok semuanya.
“Kami luang masa di sana selama satu jam 30 minit. Saya juga faham kenapa mereka usik (jadi bahan usikan). Tapi, ia tak mengganggu apa-apa. Kami ke sana semata-mata nak tengok suasana dan bagaimana Parlimen sebenarnya berfungsi,” jelasnya lagi.
Hargai Doa Ramai
Mengulas mengenai hubungan atas dasar kerja mereka menjadi sorotan, ibu kepada dua cahaya mata ini hanya mampu berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang diberikan.
“Saya berterima kasih dengan doa-doa yang baik-baik itu. Semua orang pasti suka dengan doa yang baik,”katanya lagi.
Sekadar informasi, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz. Namun, mereka sah bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong bisnes rakan artis yang juga merupakan pelawak, Azlee Senario.
Menurut Raja Azura, Azlee kini difahamkan sedang menjalankan bisnes menjual buah-buahan segar di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.
“Jom support abang saya ni. Siapa nak buah-buahan Azle? Memang sedap fresh dan murah. Macam orangnya…pemurah.
“Korang boleh pergi dekat tapak Pasar Malam Saujana Utama. Depan Petronas. beli buah je tau. Orang dia jangan sebab tuan buah tuuu dah kelat-kelat masam,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Magika itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Raja Azura juga dilihat sempat mengusik Azlee yang sibuk mempromosikan barangan jualannya itu.
Dalam pada itu juga, Raja Azura turut memanjatkan doa semoga bisnes yang dijalankan oleh Azlee itu akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang saya meniaga insyaallah amin. Support ok gais…..#kitajagakita,” katanya lagi.
Selain buah-buahan, Azlee juga dilihat menjual beberapa produk berasaskan madu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Azlee.
“Manggis dia jual harga murah sangat. Berbaloi.
“Terbaik Abang Azlee. Sempoi bak hang.
“Murah manggis tu. Kalau boleh rentas, dah pergi dah dekat Abang Azlee.
“Terbaik Abang Azlee meniaga. Nanti ada kesempatan saya pergi terjah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. 🤲🏻
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah foto yang memaparkan anggota kumpulan Senario itu sedang meniaga buah-buahan di salah sebuah tapak pasar malam.
Sumber: Instagram Raja Azura & Twitter Malaysian Food
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah.”
Itu kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E, 44, selepas ditanya...