Perkahwinan Pinkan Mambo dengan TikToker popular, Arya Khan pada Disember tahun lalu mengejutkan ramai pihak.
Melangsungkan majlis akad nikah secara sederhana di rumah dan disiarkan secara live di TikTok, bekas penyanyi Kumpulan Ratu itu menerima mas kahwin bernilai RP100 ribu.
Kini dalam perkembangan terbaharu, ikatan perkahwinan kali keempat itu sudah putus di tengah jalan tidak sampai setahun berkahwin.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Arya Khan dalam satu siaran langsung di akaun TikTok miliknya.
BACA JUGA: Penyanyi Pinkan Mambo Kembali Peluk Islam, Pilih Berkahwin Dengan TikToker Popular
“Kita sudah berakhir, belum sampai setahun,” Kongsi Arya yang dilihat menangis dalam video tersebut.
Antara faktor yang menjadi faktor kepada penceraian pasangan ini adalah tidak adanya keserasian dan selalu bercanggah pendapat.
“Kami selalu berbeza pendapat, tidak sesuai dan gagal untuk berhubung dengan baik,” tambahnya lagi
Selain itu, jejaka itu turut berkongsi dia rasa terbeban apabila perlu tinggal di apartmen yang dimahukan Pinkan dalam kawasan Bandar BSD yang merupakan sebuah kawasan kediaman terancang.
Jelas Arya lagi, dia perlu membayar wang sewa lebih RP30 juta sebulan berbanding apartmen yang jadi pilihannya di kawasan Sepaten yang hanya dibayar sewa RP3o juta setahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan