Hiburan

“Kita Tak Dapat Lari Dari Kesalahan & Pak Gus Dah Minta Maaf, Bersederhanalah…,” – Tya Adnan

Share

Pempengaruh yang juga isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan memohon semua pihak agar berpada-pada dalam memberikan teguran terhadap insiden melibatkan penjual teh ais yang dipersendakan di khalayak oleh seorang penceramah dalam satu majlis agama di Indonesia.

Menurut Tya, insiden ini juga merupakan ujian buat kita semua untuk menjaga lisan agar tidak menimbulkan kebencian terhadap orang lain.

Katanya lagi, sebagai manusia, kita memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Pengajaran untuk kita semua. Ambil iktibar dan muhasabah diri kita. Ada yang Allah nak sampaikan kepada kita

“Kita sebagai manusia memang tak lari daripada melakukan kesilapan. Yang penting Pak Gus tu dah pergi minta maaf.

“Ini pun ujian untuk kita jugak. Bersederhanalah dalam apa pun. Boleh jadi ujian ni jadi dekat kita esok, kita akan diuji selagi mana kita hidup,” tulisnya.

Pandangan itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Tya turut menyifat insiden ini merupakan bukti bahawa Allah boleh mengangkat darjat seseorang itu dengan hanya sekelip mata.

“Dan mashaAllah dekat dunia lagi kita dah nampak macam mana Allah mengangkat darjat bapak penjual teh ais

“Besar hikmah disebalik yang terjadi. Allah maha baik. Sayang Allah. Allah baik,” kongsinya lagi.

Terdahulu, isu ini sememang sedang hangat diperkatakan di Indonesia saat ini.

Selepas turut insiden tersebut, ramai pihak yang bertemu dengan peniaga tes ais untuk menghulurkan sumbangan dan hadiah.

Malah, peniaga tersebut juga telah menerima tawaran untuk menunaikan umrah dan modal besar untuk memulakan perniagaan sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tya Adnan

Published by
Aizam Manaf