Pelakon Nad Zainal meluahkan kemarahan apabila ruang mesej di laman Instagram turut diberikan paparan berbaur lucah dan lebih menjijikkan, ada yang menghantar foto alat sulit kepadanya.
Jelas Nad, individu tersebut telah menghantar banyak mesej kepadanya namun kali ini dia tekad membuat pendedahan apabila mengemas kini ruang inbox di platform berkenaan.
“Tolonglah report akaun mamat ni. Dari negara mana tak pasti tapi rasanya untuk sesiapa sahaja, tak elok bila dm wanita macam ni, rimas dan merbahaya.
“Ini semua punca-punca kepada kes rogol, kes scam.
“Banyak kali sangat dia hantar mesej, kita tak layan, dia hantar gambar private part.
“Ini segelintir mesej lucah yang ada di inbox. Ok nak sekat dia dah, but guys please report ya.
“Saya sedang clearkan inbox saya kerana nak fokus nak launch produk baru, tiba-tiba perasan makhluk ni tak putus asa,” jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Foto : Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Nasib Tak Terkuek Kat Launching Abah Tadi’ – Dengan IzinNya, ‘Baby Cikmad’ Lahir Sejurus Nubhan Lancar Lagu Baru!
Menerusi laman sosial pengurus Nubhan Ahamad, Intan Becky memaklumkan isteri kepada penyanyi Selamat Jalan Cinta, Dr Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki tepat jam 2.05 pagi pada 19 Januari lalu.
Bayi seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan secara normal.
“Isteri Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki yg comel seberat 3.40kg dengan kaedah normal tepat jam 2.05 am 19.1.19.
“Bayi yg baru di lahirkan ini adalah anak kedua pasangan ini selepas mendapat anak sulong perempuan bernama Aafiya.
“Masih belum ada nama yang sesuai, baby ini hanya di gelar ‘baby cikmad’ . Terima kasih atas doa semua. Bayi dan ibu sihat. Terima kasih,” tulisnya.
Nubhan yang secara kebetulan selesai melancarkan single terbaharu, Selama Jalan Cinta pada sehari sebelumnya.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aafiya Kamilia, satu tahun.
View this post on InstagramA post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on
Tahniah dari MH, semoga kehadiran cahaya mata baru ini memberi lebih kebahagiaan buat keluarga Nubhan.
Foto : Facebook Intan Becky & Instagram Nubhan Ahamad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang.”
Penyanyi Nabila Razali difahamkan bakal disatukan dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Sabtu.
Dikatakan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi di Pahang.
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini,” kata sumber, petik Harian Metro.
Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula itu bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun pengumuman yang dilakukan di media sosial hanyalah sebagai menerima lamaran daripada Nik Iruwan.
“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Nyanyi Lagu Apa Sebenarnya…Kakak Tu Nyanyi Daripada Jiwa,” – Fauziah Latiff Bangga Jadi ‘Famili’ Mikrofon Impian
Salah seorang juri tetap program terkini terbitan Astro, Mikrofon Impian, Fauziah Latiff merakamkan rasa terharu dan bangga di atas kepercayaan yang diberikan sebagai juri menerusi program pertama seumpamanya di negara ini itu.
Diadaptasi menerusi program sama dari Thailand, Mikrofon Impian merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, penyanyi senior itu memberitahu dia pada awalnya sudah pun bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada ‘famili’ Mikrofon Impian kerana pengisiannya yang unik dan menarik.
“Bagi saya, pengisiannya sangatlah besar dan pada masa sama banyak pengajaran yang tersirat. Tidak kiralah siapa pun kita tetapi pada akhirnya semuanya adalah berkenaan dengan kehidupan.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kita untuk berfikir dan belajar,” katanya kepada MH.
Bakal bersiaran selama 13 episod, para pesertanya akan dinilai menerusi bakat nyanyian yang ada dan pastinya, barisan lagu dendangan Fauziah juga tidak ketinggalan menjadi pilihan peserta.
“Ada yang nyanyikan lagu Apa Sebenarnya. Kakak tu bagi saya seorang yang sangat naif dan ‘sweet’. Siapa sangka dibalik kehidupan masing-masing ada masalah tersendiri yang dihadapi sebab itulah mereka menyanyi daripada jiwa,” kongsinya lagi.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, program yang merupakan hasil kerjasama Astro dan Chatime Malaysia merupakan inisiatif pihak Astro dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan menyelami perasaan mereka yang terjerat dengan tanggungan hutang.
“Program ini adalah untuk menyuntik kesedaran serta membawa penonton menyelami perasaan mereka yang terpaksa melalui kesusahan dan keperitan kerana terjerat denga hutang dalam menjalani kehidupan seharian.
“Fomat asal program ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan ia juga dirangka bagi membantu mengurangkan beban masalah kewangan para peserta jika mereka memenangi pertandingan ini setiap minggu.
“Hadiah wang tunai yang diberikan adalah mengukut jumlah keperluan kewangan yang diminta oleh para peserta berdasarkan situasi masing-masing,” katanya sejurus ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian, di The Majapahit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Fauziah Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI