Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah kembali sembuh dan pulih selepas disahkan positif Covid-19, pertengahan April lalu.
Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi berkata, apa yang telah berlaku menjadi suatu pengalaman sangat berharga, meski terpaksa menjalani tempoh kuarantin bagi mendapatkan rawatan.
“Kalau kita fikir balik, ia merupakan satu pengalaman yang sangat luar biasa. Kita tidak mahu penyakit tu, kita juga tak minta. Tapi Allah SWT dah bagi takdir tersebut dekat kita.
“Jadi bila kita sudah lalui, alhamdulillah. Tahap yang saya alami tidaklah teruk sampai peringkat empat atau lima. Syukur semuanya dipermudahkan dan kembali sihat seperti biasa,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 24 tahun ini turut menambah, pengalaman tersebut akan terus diingatinya sampai bila-bila.
Ads
“Ya, satu pengalaman luar biasa. Saya juga tak nafikan, rasa rasa sedih ada, menangis pun ada. Cuma nak dikatakan alami depresi tu, tak adalah. Hanya mental sahaja yang tak kuat ketika itu.
“Bagaimanapun bila difikirkan balik, bila sudah pulih ni, rasanya perkara ini akan kongsikan pada anak cucu saya nanti.
“Ini pandemik yang berlaku di seluruh dunia dan kita tak tahu penyakit ini akan wujud sampai bila,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Sweet mengakui ada segelintir pihak yang menunding jari menyalahkan dirinya apabila disahkan positif ketika berada di Perak.
“Pada mulanya, kita rasa marah bila ada orang tunding jari dekat kita kan. Tapi bila kita fikir balik, kita tak boleh nak salahkan sesiapa.
“Saya anggap ia bukan satu isu yang besar dan bila kita tunding jari dekat orang lain pun dah salah sebenarnya.
“Awak tak boleh nak salahkan orang lain kalau awak sendiri pun tak jaga SOP. Jadi pada saya, jika ada yang mendakwa saya ni pembawa atau punca, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya lagi.
Ads
Pelakon drama bersiri Bidadari Salju ini ditemui pada majlis iftar Warner Music Malaysia di Kampung Resort Café, Sunway Resort Hotel, Selangor.
Terdahulu, Sweet telah menjalani rawatan selama 3 hari di Hospital Kuala Kangsar, Perak sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton, Perak, selama tujuh hari.
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semakin menjadi perhatian di laman media sosial mengenai berita suami kepada pelakon Datin Diana Danielle, iaitu Datuk Farid Kamil yang telah dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan mengunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Menerusi akaun Instagram milik Diana, dia telah berkongsi sekeping gambar ketika dia bersama anak-anak dan suami tercinta.
Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun itu memberi kata cinta dan sayang kepada Farid.
“Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades. We love you so so so so much no matter what”tulisnya.
Terdahulu, Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata bernama Muhammad , 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
MH mendoakan semoga Diana dan keluarga sentiasa tabah menghadapi segala dugaan kehidupan
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk menjalani pembedahan di bahagian leher dirinya, pada Selasa.
Selepas enam jam menjalani pembedahan tersebut, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman telah berkongsi perkembangan terkini dirinya bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Jelasnya, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius namun masalah kesakitan di bahagian lehernya itu sudah dialami sejak tahun 2016.
Meski sudah menjalani rawatan beberapa kali sebelum ini, masalah kesihatan yang dialami oleh ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih berlarutan sehingga kini.
“Salam semua… Alhamdullilah after 6 hours + saya dah bangun… Ramai yang whatsapp n dm tanya saya kenapa takde update apa2 sangat di ig. Dan masih terlalu ramai yang nak tau saya sakit apa.
“Lately ni saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak 4 kali di leher dari tahun 2016 sehingga harini. Dan sakit saya masih tak hilang.
“Hari ni saya berjaya buat surgery selepas 2 tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit. This is my 2nd option dari Prince Court ke Gleaneagles. Hopefully selepas surgery ni sakit saya akan hilang selamanya… Doa kan saya,” tulisnya.
Untuk rekod, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Foto: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Amyza Aznan ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Amyza ada berkongsi berita sedih bersama peminatnya dimana suaminya jatuh sakit dan telah dimasukkan ke sebuah hospital.
“dear beloved hubby…Maybe i might not be there with you, but the breath you breathe now…. was me…. it was me… im there with you baby…….. please be strong for us FOR KAIAA,” tulisnya.