Hujung minggu lalu, dunia dikejutkan dengan khabar duka apabila pesawat komersial Sriwijaya Air SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu pada Sabtu.

Kisah tersebut nyata mengundang rasa sayu di hati ramai pihak termasuklah isteri kepada penyanyi, Aril Pilus iaitu Puteri Edlinda.

Berkongsi pengalamanya sewaktu bergelar pramugari, Puteri memberi tahu, setiap kali dia mendengar berita mengenai nahas kapal terbang, hatinya menjadi tidak tenang lebih-lebih lagi bila mengenangkan perasaan setiap krew dan penumpang pada ketika itu.

 ”Setiap kali baca tentang kapal terbang crash. Hati selalu tak tenang. Memikirkan bagaimana kapal crash. Perasaan pilot, crew, penumpang-penumpang, keadaan budak-budak, baby dalam tu,” tulisnya.

Ads

Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri memaklumkan kerjaya sebagai seorang anak kapal sememangnya amat menyeronokkan tetapi ada kalanya perkara yang diluar kemampuan manusia juga boleh berlaku.

“Kerja anak kapal memang seronok. Bergelak ketawa dengan rakan sekerja. Semangat nak bersiap cantik-cantik kemas. Briefing sebelum flight. Berjalan ke kapal. Bersedia untuk take off. Perasaan setiap kali kapal nak balik base kite. Tengok luar penuh dengan langit biru, awan, deruan bunyi kapal.

“Tapi tulah kita tak pernah tahu adakah itu selamat tinggal kita yg terakhir. Al-fatihah Sriwijaya #SJ182 . Flight Attendant Dont Die, they just fly higher,” kongsinya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu selain turut menitipkan ucapan penghargaan buat para pramugari yang sentiasa memberikan khidmat terbaik sewaktu menjalankan tugas.

“Kita Tak Pernah Tahu Itu Selamat Tinggal Kita Yang Terakhir,” – Kenang Nasib Anak Kapal Sriwijaya, Isteri Aril Pilus Cerita Kisah Jadi Pramugari “Kita Tak Pernah Tahu Itu Selamat Tinggal Kita Yang Terakhir,” – Kenang Nasib Anak Kapal Sriwijaya, Isteri Aril Pilus Cerita Kisah Jadi Pramugari

Ads

Setakat ini, sebanyak 16 beg mayat berisi cebisan daging mangsa dan tiga beg mengandungi serpihan bangkai pesawat sudah dikumpul.

Sementara itu, operasi mencari kotak hitam diteruskan hari ini biarpun keadaan laut yang bergelora.

Sumber: Instagram Puteri Edlinda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI