Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini.
Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.
HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.
“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.
“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka.
Kumpulan ini baru tampil dengan lagu Suara Malaysia, bulan lalu.
Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.
Ads
“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.
“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.
Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.
Ads
“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.
“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.
“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.
Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJberharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.
Ads
“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.
“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.
“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.
“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.
HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rita Rudaini menafikan dakwaan dirinya sebagai sebagai antivaksin sebaliknya selesa disebut sebagai ‘prosafe’.
Rita meminta ramai mengkaji terlebih dahulu makna gelaran berkenaan sebelum menggunakannya.
Malah menurutnya lagi, dia sebelum ini pernah mengambil suntikan vaksin, misalnya ketika ingin mengerjakan umrah dan suntikan-suntikan lain sewaktu kecil.
Perkongsian tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories.
“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kena kaji dulu makna antara Antivaksin dan prosafe. You alls can call me prosafe.
“Kalau sistur antivaksin, tak adalah sistur ada cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin waktu kecil termasuk anak-anak.
“Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu. Biar objek dan makna selari.
“Hi, im Rita Rudaini and i am prosafe,” tulisnya sebagai mengulas kenyataannya di dalam Harian Metro.
Di dalam kenyataan tersebut Rita mengakui berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila ia diiktiraf di seluruh dunia.
Pada masa sama, Rita juga mendedahkan dia dihentam teruk netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya selain prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin memberikan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.
Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut mendedahkan mengenai ucapan ulang tahun perkahwinan yang sering diungkapkan dirinya kepada suami, sebelum ini.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelapan sayangku. I takde ucapan panjang-panjang untuk you sebab…
“Setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekian lama bersabar menanti dikurniakan rezeki zuriat, Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin kini reda dengan ketentuanNya.
Dia percaya percaturan yang sudah ditentukan Allah SWT adalah terbaik.
“InsyaAllah berlapang dada, redha dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us Doakan kami ya semua,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Elizad dan suami telah mendirikan rumah tangga bersama pada 11 Januari 2015.
Sebelum ini, penyampai radio Sinar FM ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat, sekitar bulan Oktober 2020.
Namun, impian untuk mendapatkan zuriat tidak kesampaian setelah Elizad mengalami keguguran sebulan selepas menjalani rawatan kesuburan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous yang juga merupakan pemain futsal negara, Intan Serah meluahkan rasa kecewa selepas banyak memerima komen biadap dan berbaur lucah di akaun Instagram miliknya.
Ia berikutan selepas Intan ada berkongsi videonya sedang menjalani proses pemulihan menggunakan kaedah ‘cyro chember’ yang merupakan ruang sejuk untuk membakar lemak.
Menurut Intan, dia telah pun menyekat individu-individu tersebut daripada akaun Instagram supaya perkara seperti ini tidak lagi berlanjutan.
Boyfriend/abang/anak siapa ni? Boleh pergi kat telinga dia and cakap dasar anak babi. pic.twitter.com/JHzJSgqBbX
Orang cakap aku terkinja dalam ni, ni video asal. Orang kat luar berjoget, aku join jelah nak hilangkan rasa sejuk tu alang alang. pic.twitter.com/RKLOz10TA2
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...