Pelawak dan pelakon Achey, reda sekaligus menerima ketentuan Illahi apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya, Nor Hasanah Yahaya, negatif.
Memaklumkan perkara tersebut di Instagram, Achey di dalam sepotong video dilihat tenang memujuk isteri yang tidak dapat menahan kesedihan.
“Syukur Alhamdulillah… Redha,” tulis Achey ringkas pada ruangan kapsyen yang sudah cukup menggambarkan segalanya.
Menerusi video sama, Nor Hasanah yang turut mesra disapa sebagai Anne sedang duduk di atas kerusi roda sambil memaut dan merapatkan wajah ke dada suaminya itu.
Serentak dengan itu, rakan selebriti dan peminat sama-sama menitipkan kata semangat buat pasangan berkenaan.
Sementara itu, Anne di dalam perkongsian berlainan juga reda dengan keputusan tersebut.
“Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, insyaAllah ada rezekinya nanti.
“Kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” luahnya.
Terdahulu pada Ogos lalu, Anne berkongsi perjalanannya menjalani rawatan IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Anne pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nafi Pandang Rendah Pengarah Tempatan, Penerbit Filem ‘Siapa Buka Lampu’ Punya Visi Lebih Besar
Penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?
Menurut Punnagai Poo Gheetha atau mesra disapa Gheetha, sebagai penerbit dia telah mengatur strategi pemasaran agar filem Siapa Buka Lampu? dapat dipasarkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga negara serantau.
“Saya mahu sesuatu yang mudah diterima penonton tetapi dalam masa sama ada sentuhan yang menggabungkan elemen tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.
“Selain filem ini tentang parodi hantu-hantu popular, pengarah, kru dan pelakon juga merupakan gabungan daripada tiga buah negara.
“Oleh itu, penonton dapat merasai ‘rasa’ Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam sebuah karya. Justeru, pemilihan Reka Wijaya untuk filem ini adalah tepat,” kata Gheetha yang telah menerbitkan 11 buah filem Tamil di India.
Berbicara tentang cabaran pembikinan filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta itu, Gheetha mengakui bukan mudah untuknya memegang dua posisi serentak iaitu selaku penerbit dan juga pelakon.
“Tekanan yang dihadapi sebagai seorang penerbit cukup tinggi, begitu juga dengan pelakon.
“Saya memikul kedua-dua tugas serentak sememangnya cukup mencabar. Saya perlu memastikan tekanan tidak terlihat pada wajah sewaktu penggambaran berlangsung,” luah Gheetha yang juga seorang pengacara dan penyampai radio tempatan di stesen radio Raaga.
Selain Gheetha, pelakon dan pelawak Ammar Titan turut membintangi filem bergenre komedi seram ini selepas membintangi filem Siapa Tutup Lampu? yang diterbitkan pada 2021.
“Filem Siapa Buka Lampu? boleh dikira seperti sebuah filem francais yang menggunakan judul dan konsep yang sama tetapi barisan pelakon yang berbeza.
“Dalam filem ini saya bergandingan dengan Qasrina dan pelawak yang faham bagaimana untuk mempersembahkan sebuah karya komedi,” katanya.
Sambung Ammar cabaran terbesar yang dihadapi ketika penggambaran adalah masalah komunikasi kerana pengarah dan kru berasal dari Indonesia.
“Filem ini bergenre seram komedi dan cara orang Malaysia berlawak dengan Indonesia agak berbeza. Kelakar bagi kami, tidak bagi pengarah (ketawa).
“Jadi, kami harus mencari titik temu agar semua pihak berpuas hati menerusi perbincangan dan juga latihan. Bekerja dengan pengarah Indonesia, bagi saya sangat berbeza kerana pemikirannya tidak sama dengan pengarah di Malaysia.
“Satu pengalaman yang bagus untuk saya dan diharap penonton akan memberikan sokongan kerana filem ini sangat kelakar dan mampu menghilangkan tekanan anda,” kata Ammar lagi.
Selain Gheetha dan Ammar Titan, filem Siapa Buka Lampu? yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu turut dibintangi oleh Qasrina Karim, Azhar Jalil, Angie Ang, Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Bell Ngasri, Tia Tavee, Mamak Puteh dan Geoff Feyaerts.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHOOTD Sukanya Bila Tatap ‘Geng Datin Glamor’ Ini Bila Bergambar, Pandai Cari Angle!
Tidak dinafikan pencarian sudut dan lokasi tertentu bila bergambar mampu membuatkan sesebuah foto yang diambil itu tampak lebih cantik. Jadi tak hairanlah kalau dapat likes yang banyak kalau tiap kali posting di media sosial kan.
Tambah-tambah lagi kalau pakai baju yang cantik dan mengancam. Lagilah followers adore dan jadi ikutan bila bergambar.
Jadi jom ketahui barisan selebriti kita yang berstatus Datin ini pula bila melakukan OOTD. Elok ke tidak?
Datin Alyah – Penyanyi dan isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini memang diketahui sebagai antara selebriti yang tak pernah kalah gaya, meski pun bertudung. Nah, tengok jelah OOTDnya yang ini. Color baju pun lawa kan?
Datin Paduka Eina Azman – Sering tampil sedondon dengan suaminya, apa sahaja pakaian yang dikenakan pelakon ini memang akan mencuri perhatian ramai. Malah, gelagatnya di dalam membersarkan anak kembar turut diikuti ramai
Datin Hajah Fouziah Gous – Baru saja pulang dari mengerjakan umrah, persona yang ada pada pengacara dan pelakon ini memang tidak boleh nafikan lagi. Cantik dan menawan bukan?
View this post on InstagramA post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on
Datin Vivy Yusof – Usahawan yang popular ini juga tidak terkecuali sebagai antara figura yang sering memuat naik foto OOTD menerusi Instagram. Yang pasti setiap apa pakaian yang dikenakannya memang ‘win’ dan sesuai sebagai status sebagai seorang isteri dan ibu.
Datin Umie Aida – Sinonim sebagai antara pelakon terbaik di negara ini, Umie Aida juga sering tampil dalam gaya moden dan sofisikated, seiring status dan penampilannya yang berhijab.
View this post on InstagramA post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on
Datin Seri Zizie Ezette – Selain gelagatnya dalam membesarkan anak kembar, ramai juga yang suka dengan cara dan imej yang ditampilkan pelakon yang satu ini. Tengoklah setiap OOTD darinya meski sedang berbadan dua. Tak pernah tak lawa kan?
Foto: Instagram selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Daddy Pergi Changkat Atau Private Party, I Tak Share,” – Nasihat Anak Fasal Bikini, Netizen Puji Azhar Sulaiman ‘The Coolest Dad Ever’
Susulan tular sebuah video yang memaparkan aktiviti pempengaruh, Kasih Iris Leona yang sedang bermandi-manda bersama kawan-kawannya di sebuah sungai sambil mengenakan baju renang yang mencolok mata, bapanya yang juga merupakan pelakon, Azhar Sulaiman tampil memberikan responnya.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Azhar menasihatkan anaknya itu agar menjaga sensitiviti ketika memuat naik konten di media sosial memandangkan kebanyakkan para pengikutnya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Katanya lagi, dia jugak telah lama mengamalkan perkara tersebut sejak pertama kali berkecimpung di dalam dunia seni.
@theazharsulaimanPlease be smart like me Leona…..!
“Hey, Leona! Aduh. Apapun, hari ini daddy nak kongsi satu rahsia macam mana daddy boleh bertahan lama dalam industri hiburan ini.
“Pertama sekali, awak kena jadi bijak la. Awak kena ingat, kebanyakkan orang yang follow kita adalah Melayu dan muslim. Jadi, jaga sensitiviti konten kamu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon drama Projek: High Council itu turut mengingatkan Leona agar tidak terlalu terbuka bila bersosial.
“Yang kedua, kalau daddy pergi menghadiri parti di Cangkat, berjimba atau private party, saya tak kongsi di media sosial. Kena bijak. Awak pun kena buat perkara yang sama.
“Jangan bagitahu mommy fasal perkara ini. Mommy tiada akaun Tik Tok. Awak jaga diri dekat sana. Jaga tingkah laku. Jalan terus,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Azhar mendidik anaknya selain turut menyifatkan pelakon tersebut sebagai bapa yang sporting.
“Coolest daddy oh my god. Sebab ramai yang cakap dia tak pesan anak, hari ini dia tunjuk.
“Leona sangat bertuah dikurniakan baba seperti mami. Kalau saya, dah kena tale bertalu-talu dengan ayah saya.
“Dia tegur untuk hati seorang ayah dan nak jaga anak yang masih muda.
“Saya suka cara Azhar ni. Leona ini anak yang baik. Cuma zaman sekarang ini sahaja yang banyak media sosial dan orang mudah nak menghakimi hanya menerusi apa yang mereka nampak.
“The coolest dad ever,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Terdahulu, video yang memaparkan Leona mengenakan bikini berwarna putih ketika bermandi-mandi telah mengundang kecaman hebat daripada netizen.
Disebabkan video tersebut juga, ada segelintir netizen yang mengarahkan Azhar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan menegur anaknya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit: Instagram, Tik Tok Azhar Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI