Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri beri pesan buat semua wanita agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor ‘buaya’.
Thalia berkongsi perkara itu ketika sesi langsung di TikTok malam tadi, bersembang bersama para pengikutnya di platform sosial berkenaan.
Malah pelakon drama Cinta Dalam Hati itu juga berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat.
“Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.
“Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.
“Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya,” katanya.
Apa yang dikongsi Thalia menerima maklum balas baik warganet yang menyifatkan wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.
Ads
Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.
“Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan,” katanya.
Dia pada masa sama akui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.
“Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.
Ads
“Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang,” katanya lagi.
Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.
Ads
“Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.
“Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.
“Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik,” katanya.
Thalia berkata demikian berhubung isu hangat membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura atas dakwaan curang oleh pelakon Aliff Aziz.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari balkoni sebuah hotel di bandar Buenos Aires, Argentina.
Petik TMZ, kejadian dilaporkan berlaku pada petang Rabu, waktu tempatan.
Sehingga kini, belum ada keterangan terperinci mengenai berita kematian bintang itu daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, khabar tersebut yang nyata mengejutkan para peminatnya menjadi sorotan di media sosial ketika ini.
Liam Payne atau nama sebenarnya, Liam James Payne dilahirkan di Wolverhampton, England dan mendiang mula meniti puncak populariti sejurus menyertai program realiti, The X Factor pada tahun 2008.
Dua tahun selepas percubaan pertamanya itu, dia sekali lagi mencuba nasib untuk bergelar penyanyi pada usia 16 tahun dan diserapkan bersama empat peserta lain, iaitu Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik.
Kelima-lima mereka dikenali sebagai One Direction sekaligus berjaya menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan berkenaan.
Antara lagu popular One Direction termasuk What Makes You Beautiful, Gotta Be You, One Thing dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Foto: Instagram Liam Payne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah ada memuat naik foto senaskah-al quran berupa mas kahwinnya saat diijabkabulkan bersama suami, Datuk Ramli MS sembilan tahun lalu.
Menurut Alyah,40, nashkah al-quran pemberian suami ketika hari bahagia itu menjadi antara bingkisan paling berharga dalam membentuk hidupnya yang lebih naik.
“Ni al-quran mas kahwin saya. Quran inilah membentuk saya untuk belajar banyak perkara tentang hidup dan alam akhirat,” tulisnya.
Malah di dalam beberapa posting lainnya, penyanyi Meluruh ini turut menyatakan akan kepentingan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
“Jangan pernah meninggalkan al-Quran walaupun sehari. Bacalah walaupun hanya satu muka surat sehari.
“Hari ni akan jadi hari yang panjang sebelum kelelahan dan tertidur. Baik baca awal-awal. Masa tak akan pernah cukup tapi kitalah yang harus mencukupinya dalam segala perkara,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular itu dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Foto: Instagran Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Ronny Chieng, kini sah bergelar warganegara Amerika Syarikat sekaligus melepaskan kerakyatan Malaysia.Perkongsian tentang perkara itu mencuri perhatian...