Berita

“Kita Wanita Kena Jadi Mahal, Bukan Berlumba-Lumba Buka Aib… Astaghfirullah Takut Saya,” – Thalia

Share

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri beri pesan buat semua wanita agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor ‘buaya’.

Thalia berkongsi perkara itu ketika sesi langsung di TikTok malam tadi, bersembang bersama para pengikutnya di platform sosial berkenaan.

Malah pelakon drama Cinta Dalam Hati itu juga berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat.

“Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.

“Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.

“Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya,” katanya.

Apa yang dikongsi Thalia menerima maklum balas baik warganet yang menyifatkan wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.

Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.

“Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan,” katanya.

Dia pada masa sama akui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.

“Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.

“Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang,” katanya lagi.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.

“Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.

“Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.

“Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik,” katanya.

Thalia berkata demikian berhubung isu hangat membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura atas dakwaan curang oleh pelakon Aliff Aziz.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH