Penyanyi, Linda Rafar kesal apabila dia menerima DM peribadi perihal isu yang diluahkan di laman Instagramnya, semalam.

Apa yang mengejutkan apabila individu yang bertindak melampau, hingga mengugut ingin meracun ibunya.

“En Rafar family, Kita orang akan racun mak ko, jangan menyesal.

“Deleted apa yang ko viral pasal nurse. Jaga ko!,” tulis individu tersebut.

Susulan itu, Linda menegaskan akan membuat laporan polis berkaitan ugutan tersebut.

Ads

“Okay this is too much! I will go n report police now! Siapa lagi yang hantar message ugut aku akan pastikan semua tak akan terlepas!

“Ni lagi sorang ugut aku macam2! Ko ni kenapa? Nak naikkan IG ko ke hah?.” tulisnya kesal.

“Kitorg Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal,” – Kata Ugutan Buat Linda Rafar, Mahu Buat Laporan Polis “Kitorg Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal,” – Kata Ugutan Buat Linda Rafar, Mahu Buat Laporan Polis

Ads

Untuk pengetahuan, isu bermula apabila Linda meluahkan rasa kesalnya di IG story apabila permintaanya untuk menukar cadar katil ibunya, Rasimah Abdul Rahman disebuah hospital dikatakan tidak diendahkan jururawat.

“Kitorg Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal,” – Kata Ugutan Buat Linda Rafar, Mahu Buat Laporan Polis “Kitorg Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal,” – Kata Ugutan Buat Linda Rafar, Mahu Buat Laporan Polis

Namun dia kemudiannya memuat naik satu lagi IG story baru bahawa akhirnya ada jururawat yang membantu menukar cadar.

Ads

Namun, kelihatan ramai yang memberi komen pelbagai.

Sebelum ini, Linda memaklumkan tangan ibunya terpaksa dipotong sampai bawah siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

Foto/Instagram: Linda Rafar

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI