Nasib malang menimpa pengacara, CK Faizal baru-baru ini apabila dia mendedahkan, dirinya telah dimaki seorang pemanggil misteri. Menerusi perkongsiannya di Instagram sehari lalu, CK berkongsi, insiden itu berlaku sebelum waktu Maghrib.
Katanya, belum sempat dia bercakap dengan si pemanggil tersebut, individu itu terus memakinya.
“Kau tu artis sendu, sendu tak femes, tak de jobs pun, ko kena sedar laaa ko tu sendu,” tulisya sambil bertanya siapa yang tidak terkesan apabila diperlakukan sedemikian.
Menerusi ruangan kapsyen, CK memberitahu dia sedar diri mengenai posisinya dalam industri sekali gus memaklumkan kerana itulah, dia perlu kerja kuat demi mencari rezeki.
“Aku kuat kerja sebab aku tahu sgt sgt aku SENDU. Bukan aku cari popular tapi aku tak nak nasi dalam periuk aku habis, tu je. Tak payah call utk jerit “SENDU” kat aku. Tapi bila ko call dan maki macam tu,” tulisnya.
Lebih mengejutkan, dipercayai panggilan tersebut adalah daripada ‘ahli keluarga’ sendiri. Bagaimanpun, siapakah individu yang dimaksudkan, tidak diceritakannya.
“Lagi aku down, rupanya engkau dari “ahli keluarga” sendiri. Terima kasih pada kakak ke adik ke, sebab matlamat kamu tercapai,” akhirinya.
Foto: Instagram CK Faizal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI