Jenama makanan kesihatan tambahan, K-Colly bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu kerana mendakwa produk tersebut menjejaskan kesihatan sehingga buah pinggang mengecut dan meninggalkan komen berunsur fitnah.
Tuduhan itu telah dimuat naik dalam sebuah video yang telah tular di TikTok sehingga mencapai 2 juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk tersebut di Facebook.
Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain tindakan ini diambil bagi membersihkan jenama yang sudah berada di pasaran sejak 13 tahun lalu.
‘’Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk K-Colly. Reputasi syarikat dan jualan produk turut terjejas.
“Jadi, pihak kami memandang serius akan perkara ini,” kata Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussainpada sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, peguam yang mewakili K-Colly, Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida & Associates berkata pihaknyasedang kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalani siasatan secara terperinci terhadap dua individu tersebut.
Ads
“Pihak K-Colly telah pun membuat dua laporan polis di Balai Polis Pokok Sena, Kota Setar, Kedah dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun, di pihak K-Colly kami mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit dan tuntutan ganti rugi.
“Pihak K-Colly juga dalam proses untuk mengeluarkanmengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) selepas raya Aidiladha ini dan jika tiada kerjasama daripada pihak mereka kami akan memfailkan saman seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Azreen.
Dalam pada itu, Azreen turut memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial.
”Andai tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ads
Sementara itu, Saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman menegaskan produk K-Colly telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan telah melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman).
“Produk K-Colly mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan jika mengikut dos yang telah disarankan. Oleh itu, produk K-Colly selamat untuk dimakan.
“Dalam video yang viral individu itu menuduh produk Colly Sweet 17 walhal dalam produk ini tiada gula tambahan dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Bahkan, produk yang dituduh tidak mengandungi kologen.
“Sebab itu saya keliru apabila individu itu mendakwa dia mempunyai masalah buah pinggang dalam tempoh yang terlalu singkat melainkan dia ambil produk yang mengandungi racun, tetapi produk K-Colly tiada racun,” ujar Dr. Redza.
Ads
Dalam masa sama, K-Colly juga turut memperkenalkan duta baru, pempegaruh popular Dahlia Rizal dan pada majlis yang sama pihak K-Colly turut menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat di Palestin.
Bukan itu sahaja sempena sambutan Aidiladha pihak K-Colly turut mengagihkan sebanyak 5,000 kilogram beras di persekitaran masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Hafidz Roshdi, 29, didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Sumber Harian Metro berkata, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.
Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Nurul Shuhada.
Terdahulu, beberapa hari lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Hafidz juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangganya itu.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa akui dia dan suami, Haris Ismail atau PU Riz tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaannya setiap kali berkongsi mengenai anaknya, Muhammad Bilal.
Genap usia Bilal enam bulan, Neelofa sebagai ibu mendoakan yang terbaik untuk Bilal, begitu juga dengan anak-anak kecil lain di luar sana.
“Anakku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.
“Moga sentiasa dalam lindungan & jagaan Allah SWT. Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafiz ya Muhaimin,” tulisnya.
Menerusi foto terbaharu yang dimuat naik Neelofa, Bilal yang sedang tidur dengan mata tertutup bantal mencuri perhatian.
Ramai yang memuji fizikal Bilal yang putih gebu, malah rata-ratanya juga menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah penuhnya.
Turut menarik perhatian, Neelofa juga ada memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan, termasuk sindiran seorang pengguna Instagram.
Individu tersebut berikan komen tiada guna untuk berkongsi gambar tetapi seakan-seakan ‘sorok’ muka.
“Baik tak payah post klau (kalau) sorok2 (sorok-sorok) mcm (macam) ni apa maknanya,” tulis komen terbabit disusuli emoji.
Neelofa menjawab; “Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya tunjuk,” balas Neelofa.
Komen berkenaan turut menerima reaksi pelbagai pengguna lainnya.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba masa sesuai.
Meski ada yang mengkritik tindakan tersebut memandangkan mereka ialah ‘public figure’, namun ramai yang faham situasi dan sebab tindakan mereka membuat keputusan berkenaan.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sharnaaz Ahmad berpandangan nama-nama besar yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri seni tanah air seharusnya memanfaatkan peluang yang ada untuk mencungkil pelapis demi melahirkan penggiat seni berkualiti.
Kenyataan tersebut dipercayai sebagai respon Sharnaaz terhadap pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi susulan isu viral baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, industri seni ketika ini sedang mengalami krisis ketandusan bakat baru sebagai pengganti kepada pelakon berbakat sedia ada yang rata-ratanya sudah berusia.
“Dengar kata Pak Nil, budak baling kek tu semua dibayar untuk buat konten dia. Katanya tiada orang nak bantu akak tu masa dia buat prank tu. Itulah motif dia nak bagi kesedaran kepada kita.
“Allahuakbar Pak Nil, saya sangat menghormati Pak Nil dalam industri tapi kalau nak lahirkan kaki viral di Malaysia, elok lagi lahirkan anak-anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air. Bukan viral sampah ni.
“Malaysia kurang pelakon berbakat yang tinggal semua kuda tua dan yang muda dah macam hmm. Nak cakap pun tak sampai hati,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan pelakon filem Jebat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram stories.
Katanya lagi, sekiranya program-program pencarian bakat baru ini tidak diberikan penekanan terutamanya daripada pihak stesen televisyen, industri seni tanah air sudah pasti akan jauh ketinggalan.
“Aku dah 37 tahun. Tak lama dah dalam industri. Kalau beginilah industri kita, sumpah, sampah yang dilahirkan untuk mewakili seni tanah air.
“Tapi kalau beginilah, dengan station pun mencangak nak juga sibat-sibat viral ni penuhkan drama dan rancangan.
“Padahal bakat palabana pun takdak. Mana kualititi? Mana zaman ‘hang kena ada bakat?’,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan dia juga teringin untuk melihat seni tanah air dipenuhi dengan pelakon yang kaya dengan bakat dan bukan hanya menjual rupa semata.
“Ni ada pula kata, rupa ada bakat boleh latih. Aku teringin nak tengok bakat-bakat baru yang power dalam lakonan dan nyanyian.
“Bukan setakat muka Korea dan heroin melentik. Cute-cute terus artis nombor satu tanah air. Okay ni aku tahan dua tahun,” akhirinya.
Semalam, tular di media sosial sebuah video prank yang memaparkan aktiviti seorang individu yang mencampakkan kek ke muka seorang wanita.
Video tersebut nyata mengundang reaksi pelbagai banyak pihak.
Bagaimanapun, pemilik video berkenaan telah pun membuat penjelasan sebenarnya ia hanyalah lakonan semata-mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...