Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehadiran barisan pelawak didalam dunia industri penyiaran radio sering kali mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
Malah, ada juga yang menyifatkan golongan-golongan pelawak ini tidak sesuai untuk duduk di konti radio jika ingin dibandingkan dengan penyampai-penyampai radio professional.
Bagaimanapun, menurut pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dia lebih memilih untuk menerima segala kritikan tersebut daripada sudut pandang positif untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.
Bercakap di program Youtube, Begitu Bagini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin turut menyifatkan segala kritikan tersebut adalah teguran daripada yang Maha Esa untuk dia sentiasa beringat.
“Saya ni kalau bab beri komen memang nampak macam baik sahaja tapi itulah prinsip dan pegangan saya. Saya anggap teguran daripada orang tu adalah teguran daripada Allah. Jadi, kita kena perbaiki la.
“Kita jangan pula bila ada orang lain tegur kita ingat ‘Ala dia tak dapat dekat sini sebab itu dia berbunyi’ atau ‘Ala orang tu tiada dekat tempat kita sebab itu dia selalu bercakap. Sebenarnya dia nak tempat kita’.
“Nak buat apa cakap semua itu? Lebih baik kita berfikiran positif,” katanya ketika ditemubual.
Ads
Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini turut berpandangan sebagai manusia, kita tidak mempunyai daya untuk mempertikaikan segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.
“Kalau ada orang cakap pelawak tak sesuai tadi penyampai radio atau pengacara, sebenarnya kita seperti mempertikaikan ketentuan Allah SWT. Ini semua Allah dah tentukan.
“Contohnya kalau pemain bola kemudian dia jadi pengulas sukan, itu memang sudah menjadi jalan dia. Cuma cabangnya berbeza.
“Bila dalam industri seni ini dan terlibat dalam dunia komedi, dicabangkan pula untuk jadi penyampai radio. Saya anggap itu adalah ranting dari sebuah dahan dan pokok yang besar. Bila kita ditakdirkan ke ranting itu, terima sahaja dengan hati terbuka,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, meskipun adakalanya dia menerima komen-komen yang agak menyakitkan, namun, Jep mendedahkan dia akan tetap menghormati segala pandangan yang telah dilontarkan.
“Bila ada yang tidak suka, itu adalah lumrah. Manusia ni memang susah kita nak puaskan hati mereka.
“Jadi, meski komen-komen mereka ini adakala menyakitkan dan mereka memilih untuk membenci, saya tetap memilih untuk menghormati. Biarkan jelah.
Ads
“Sebab saya ini hanya pembawa nama Jep je. Ada orang-orang yang lebih baik dan warak pun orang tak suka, inikan pula saya yang entah apa-apa itu. Jadi saya berlapang dada sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, program Begitu Begini DJ Nazz bersama Jep Sepahtu ini merupakan episod terakhir yang akan dikendalikan oleh DJ Nazz.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh DJ Nazz di bahagian akhir program berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Youtube Gegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Nora Danish, mengambil keputusan untuk menyerahkan semua pakaian lamanya yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakan bukan Islam sejak berhijrah tahun lalu.
Menurut Nora, 42, dia tidak menjual pakaian terbabit kerana bimbang akan menanggung dosa jika dibeli dan dipakai oleh individu beragama Islam.
Tak Jual Pakaian Lama
“Semua pakaian saya dari era berpakaian seksi diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam. Saya tidak boleh menjualnya kerana dikhuatiri akan menanggung dosa mereka yang memakainya.
“Semua pakaian itu sudah lama saya berikan dan tidak lagi menyimpannya,” katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan Raya Romantics di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Usaha Padam Foto Di IG
Nora pada masa sama menambah, dia kini sedang dalam proses untuk memadam gambar-gambar lamanya di Instagram yang tidak seiringan dengan penampilannya yang sekarang.
“Saya sebenarnya perlu memadam semua gambar yang tidak menutup aurat di Instagram, tetapi ia mengambil masa kerana jumlahnya sekitar 26,000 gambar.
“Setakat ini, saya sudah memadam beberapa ribu gambar, tetapi masih banyak lagi yang perlu diteliti satu per satu. Bila melihat kembali gambar-gambar lama, saya terfikir, ‘apalah yang aku buat dulu’.
“Namun, saya percaya ia sebahagian daripada perjalanan hidup. Jika saya tidak melalui fasa-fasa itu, mungkin saya tidak akan merasai penyesalan seperti sekarang,” katanya lagi.
Bukan Mudah Istiqamah
Menyentuh soal istiqamah, Nora juga akui ia bukan sesuatu yang mudah, malah sentiasa berdoa agar dirinya kekal berada di jalan yang benar.
“Berhijrah itu mudah, tetapi untuk istiqamah bukan sesuatu yang senang. Istiqamah perlu dilihat dari pelbagai aspek, termasuk menjaga solat di awal waktu dan banyak lagi.
“Saya sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah agar perasaan sedih serta rasa berdosa ini kekal dalam diri saya selamanya.
“Jika ditanya mengenai petua untuk istiqamah, saya sendiri tiada jawapan. Namun, saya sentiasa berdoa agar dikelilingi oleh orang-orang yang baik yang boleh mengingatkan saya,” katanya.
Imbas kembali, ibu kepada dua cahaya mata ini mula kekal mengenakan sekitar Julai tahun lalu ketika menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri, yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
Menurutnya, mengenakan pakaian menutup aurat memudahkan dirinya untuk bersolat dan mengaji sepanjang menjaga Nedim di hospital.
Selain itu, kerap menghadiri majlis ilmu agama juga menjadi salah satu faktor yang mendorongnya untuk terus istiqamah berhijrah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Ruhainies reda dengan segala dugaan yang menimpa dirinya sepanjang tahun 2024 ini.
Menurut Ruhainies, dia menganggap setiap ujian yang berlaku ini sebagai satu pengajaran yang akan mematangkan dirinya sebagai seorang manusia.
“Ya, tahun ini penuh dengan dugaan. Namun, saya tak boleh nak kata dugaan saya itu berat. Orang lain lalui dugaan lebih berat berbanding saya.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan pada tahun ini. Bila kita diduga, itu bermakna Allah sayang.
“Saya juga banyak belajar perkara baharu pada tahun 2024. In sha Allah, pada tahun ke depannya, saya akan lebih berhati-hati,” katanya kepada MH.
Terpalit kes tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini tetap percaya kebenaran akan pasti terbukti satu hari nanti.
“Nak kata kalis kecaman, saya juga manusia biasa. Namun, saya tak boleh terlalu ambil hati. Setiap orang ada pandangan masing-masing dan mereka juga tak tahu perkara sebenar sampai sekarang.
“Namun, saya di sini bukanlah nak memanjangkan isu lagi. Saya rasa hal ini sudah basi. Kita nak mulakan hidup baharu. Buat apa lagi nak ungkit cerita-cerita lepas.
“Yang lepas biarlah berlalu. Pada masa hadapan, kebenaran akan menang,” ujarnya lagi.
Ruhainies Mahu Berdamai Dengan Takdir
Meskipun kontroversi ini memberi impak yang sangat besar buat dirinya, Ruhainies memaklumkan dia enggan lagi berdendam dan mahu berdamai dengan takdir.
“Nak melupakan memang mustahil. Perkara yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang kecil. Kita letak tepi soal konspirasi. Biar orang yang berkaitan dan Allah sahaja tahu.
“Saya tak boleh nak bercakap lebih. Saya hanya mahu positif. Saya tak mahu berdendam. Perkara itu hanya akan menyekat rezeki kita.
“Saya hanya mahu bahagia dan fokus pada diri sendiri. Sejak dahulu lagi saya memang begini. Saya tak pernah ganggu orang. Mungkin saya kena berhati-hati dengan penyakit ain,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya bila namanya dilabel sebagai artis paling kontroversi pada tahun 2024, ini reaksi Ruhainies;
“Sudah tentu saya tidak gembira. Sepanjang 10 tahun terakhir dalam industri, saya sangat menjaga reputasi. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Saya tak boleh nak harapkan hidup ini penuh pelangi sahaja. Pasti ada badai yang harus kita lalui,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding kes khalwat diantara Ruhainies dan Aliff akan bersambung pada 20 dan 27 Febuari 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!