Penyanyi senior, Aishah Ariffin membidas kritikan segelintir pihak yang dipercayai kurang senang dengan penganjuran program realiti popular, All Star Gegar Vaganza (GV10)
Menurut Aishah, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing untuk setiap perkara yang ingin dilakukan didalam kehidupan seharian.
Katanya lagi, sekiranya tidak suka akan susuatu perkara, lebih baik abaikan sahaja dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Tak suka artis sendu, tak payah tengok. Tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok. Tak suka format rancangan, tak payah tengok.
“Tak suka apa-apapun, tak payah tengok atau nak libatkan diri,” katanya.
Pandangan itu disuarakan oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Malah, Aishah turut berkongsi foto bersama para peserta GV10 sewaktu di belakang pentas ketika konsert minggu pertama yang berlangsung pada Ahad lalu.
Malah, Aishah turut mempersoalkan motif sebenar individu yang dilihat sepetri sengaja ingin menyebarkan kebencian terhadap program GV10.
“Kau siapa nak komen macam kau terpaling betul dan berhak dekat dunia ni? Bagilah kami yang suka tengok. Tak kacau pun periuk nasi kau,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Aishah supaya mengabaikan komen-komen negatif tersebut selain turut menyifatkan GV sememangnya rancangan yang diminati ramai dan dinanti-nantikan penganjurannya setiap tahun.
“Bagi aku, ini rancangan realiti yang paling best untuk aku. Selalu terhibur dengan hos, juri dan yang paling best artis lagenda bertanding. Jauh beza dengan kualiti BBNU. Mungkin sebab aku pun membesar dengan lagu mereka. Yang tak suka tu abaikan je. Tak larat la nak layan kehendak semua orang. Tak suka jangan tengok. Bagi yang suka je tengok korang. Lagend tetap terbaik.
“Tiap-tiap tahun rancangan GV lah yang
paling saya nanti-nantikan. GV habis, hujung minggu saya jadi sendu pula.
The best singing competition. Most entertaining! Yang lain-lain tu lagi sendu rasanya.
“Ni rancangan paling dinantikan setiap tahun. Sebut ja GV confirm nak tengok. Dari pengacar, peserta semua power. Kalau tak power tak join la GV tu. Siap ada yang peri All Star Gegar Vaganza.
“Ye betul tu. Serba tak kena sahaja apa orang buat. Tak suka tak payah tengok. Tengok sahaja program yang disukai. Pilihan masing-masing kan?,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Aishah merupakan antara seorang daripada 16 perserta yang bersaing di All Star Gegar Vaganza.
Pada minggu pertama, Aishah telah membawa lagu Gemilang nyanyian asal salah seorang peserta GV10, Jaclyn Victor.
Manakala, pada minggu kedua pula, Aishah mendapat tugasan untuk menyanyi lagu pilihannya sendiri iaitu Flashdance What A Feeling.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aishah