“Komen Netizen Saya Tak Ambil Kisah, Tak Boleh Control Orang Nak Cakap Apa,” – Baby Shima

Share

Penyanyi Baby Shima mengakui dia tidak mampu  mengawal segala kritikan netizen yang diterimanya di media sosial, termasuk dilabel sebagai pelakon lucah.

Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, sekali lagi menjadi perhatian selepas membuat kemunculan menerusi single usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Single berkenaan yang berjudul Baby Syg itu bakal dilancarkan 17 Ogos depan, sebagaimana yang dikongsikan Aliff menerusi hantarannya di Instagram.

“Komen netizen ni saya tak ambil kisah. Saya tak boleh nak control orang nak cakap apa. Kalau mereka dakwa saya sebegitu (pelakon lucah), rasanya mungkin mereka yang banyak menonton video-video yang tak sepatutnya dah gemar berimaginasi.

“Mesti yang mengata tu biasa tengok benda-benda sedemikian sebelum ni! Sebab goyang tu biasa sahaja. Mungkin mereka dah biasa tengok kut. Saya tak tahu pula goyang lucah tu macam mana,” katanya.

Terdahulu, menerusi klip pendek tersebut, Aliff bertanya samada peminat sedia menantikan lagu terkininya.

“Artis no 1 nak menyanyi vc plz beri laluan. Ada yg tak sabar tak dengar suara penyanyi no 1 malaysia ni?? Konsep vedio clip kpop dan akan kalahkan blackpink dan BTS nantikan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, ruang komen disekat untuk hantaran tersebut dan ia sudah menerima lebih 23,000 tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Published by
MH