Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad mengakui berasa gementar pada awal apabila mengetahui dirinya bakal bergandingan bersama aktor, Zul Ariffin menerusi drama terbaru, Love, Elsa.
Jelas Uyaina, pengalamannya dalam dunia lakonan amatlah sedikit jika dibandingkan dengan Zul yang telah pun mencipta nama terlebih dahulu.
“Semasa saya ditawarkan watak ini, ketika itu saya masih lagi tengah shoot drama, Perempuan Tanpa Dosa. Pada waktu itu saya tidak tahu bakal digandingkan dengan Zul Ariffin.
“Sejujurnya saya amat berbesar hati tapi pada masa sama saya rasa takut juga. Saya takut untuk masuk ke set kerana ini kali pertama saya bergandingan dengan nama besar seperti Zul Ariffin.
“Saya pula baru setahun jagung dan merangkak lagi di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Uyaina mendedahkan perasaan gementarnya itu mula hilang saat mereka bertemu di lokasi penggambaran.
“Rupa-rupanya bila dah berada di set, Zul ni sebenarnya kuat menyakat. Pengurus saya pun selalu rakam aksi-aksi di kami di belakang tabir.
Ads
“Jadi kami sempat rakam telatah Zul di sebalik kamera. Ternyata orang tidak akan sangka pun itu perangai sebenar Zul yang kuat menyakat.
“Proses shooting juga amat menyeronokkan dan mudah. Kalau saya ikutkan rasa takut itu, m mungkin saya tak bercakap pun dengan Zul ni,” jelasnya lagi.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sesi sidang media drama Love, Elsa secara virtual pada Rabu.
Ads
Ditanya mengenai babak-babak yang melibatkan sentuhan, Uyaina mendedah dia amat berterima kasih kepada Zul dan pengarah, Michael Ang kerana menghormati prinsipnya.
“Perkara paling indah mengenai seluruh penggambaran ini, Michael sangat memahami permintaan saya sebagai wanita berhijab yang tidak mahu bersentuhan dengan pelakon lelaki.
“Apabila saya dan Zul bergandingan pula, kebanyakannya adalah camera trick. Nampak seperti kami bersentuhan tapi sebenarnya tidak.
“Ini semua cabaran yang boleh diatasi.
Terima kasih kepada Michael dan Zul kerana memahami situasi saya,” akhirinya.
Ads
Drama bersiri ‘Love, Elsa’ ialah sebuah karya adaptasi novel nukilan Acik Lana yang mengangkat genre fantasi cinta.
Drama ini bakal bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu.
“HASIL PERKAHWINAN AKU. Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah. HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz. Dikuniakan 3 Cucu Perempuan. Alhamdullilah,” tulisnya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, dia turut bertanya kepada pengikut akan nama sesuai yang boleh diberikan buat cucu terbarunya itu.
“Proses Panjang Selama 32 Tahun. Tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah.
“CUCU LELAKI, yeyyyy. Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?,” tulisnya lagi menerusi lampiran foto kad kelahiran.
Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat ibu dan anak yang baru dilahirkan.
Foto: Instagram Rosyam Nor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid rupanya pernah dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin.
Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
"Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
"Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran selama lima tahun.
"Jadi, selama lima tahun ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran," katanya lagi.
Pelakon Datin Seri Umie Aida ada yang ketika ini sedang berada di tanah suci bagi menunaikan haji bersama jemaah lain ada berkongsi fotonya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Jarang sekali memuat naik foto bersama, posting yang dibuat bintang yang baru mengambil anak angkat ketika ini cukup mencuri perhatian.
Pelakon Reen Rahim mencuri perhatian apabila hadir seorang diri ke sebuah majlis rumah terbuka, mencetuskan pelbagai persoalan mengenai keberadaan suaminya, Hazim Zainal.